Tuesday, December 30, 2008

Hematoma

Langkah tahun baru ku disanggah..
Jujuk gembira Maal hijrah ku dihadang..
Termati aku ditumbuk getaran..
Tersentak aku dikejut makhluk asing..
Hematoma..

Mahu mati kamu mahu tak mahu?
Mahu langkah kamu mahu tak mahu?
Mahu hidup kamu mahu tak mahu?
Mahu apa kamu mahu semahu?
Bahagia?

Bijak neurologist mencerna titik hitam..
Bijak onkologist mewarta perit jerih..
Bijak hematologist membenarkan suasana..
Bijak aku berkawan dengan hematoma..
'Blood clot'.. kotor sungguh kamu!

Kalau ku ikut kata hati..
Hancur luluh pandangan akal..
Lebur jujuh sinaran jalan..
Terus ku langkah tanpa pikir..
Biar gerak batin menunjuk cahaya..
Hematoma, mari bersahabat dengan ku.. setahun lagi..


Muaz Hadi
Bingung di Lab E5 Level 2

Monday, December 8, 2008

Da'i yang Gugur

Takbir Ei'dul Adha di surau tanah wakafan.. penuh. Ku pandang bujur wajah jemaah, tulus ikhlas sehingga terpancar cahaya ketelusan. Separuh abad mereka berjuang mendidik melahir rakaiz pendinding agama. Kini mereka sudah tua tapi masih bersama.. bertenaga. Murobbi mereka membida senjata tarbiyah melentur buluh miang bersepuh, tetap diteruskan.. aku kagum dengan mereka semua..

Pagi ini sayu ku terusik.. Aku diasuh di sini, aku membesar di sini. Fikrah tegar meresap dalam jiwa ku. Aku lahir dari sistem 'pendidikan terancang', mahu dilentik menjadi murobbi, da'i yg punya asas dustur yang mapan. Dalam sayu ku menutur lafaz takbir raya..t iba-tiba bahu ku disapa oleh 'Pak Tua' dengan ungkapan "bila balik?". Airmata ku jatuh entah dari mana.. Lusuh mukanya kedut seribu tapi jernih rautnya.. Cikgu Geografi ku rupanya. Aku agak umurnya sudah 70an. Dia mengajar dengan rela setelah pencen, kami gelarnya Cikgu 'SIIT'.. teman, pastu kalian mengingatinya..

Setelah solat hari raya, dakapan mesra erat dijalin sesama jemaah. Guru-guru adi yang lanjut melangkah usia.. muayyid segar menyampai salam menggenggam tangan, ramai yang masih ingat akan aku.. bertanya khabar bagai saudara dekat.. hati ku sekali lagi tersentuh. Terus kami turun ke bahagian bawah surau, jamuan juadah hari raya disediakan. Aku sekali lagi terkedu.. hidangan makan dalam talam, sudah 10 tahun rasanya tidak ku jamah begitu.. Nikmat ukhuwwah kami dijalin begini dahulu, nostalgia lama terungkap.. aku bergegas pulang sebak entah kenapa..

Ya Allah.. sudah lama aku tinggalkan jalan ini, sudah lama aku jauhkan diri dari suasana ini.. Nasihat agung terngiang-ngiang di cuping telinga ku, "mantapkan iman, kuatkan mahabbah ukhuwwah, iltizam dan intidzam dalam kerja-kerja dakwah".. Adiguru.. aku gugur di jalan ini...




Muaz Hadi
Maahad At Tarbiyah Al Islamiyah (MATRI)

Sunday, December 7, 2008

Hilangkah Sinar?


Menjangkau tabir senja menutup keindahan siang. 12 jam kecerahan alam di khatulistiwa umpama sekejap buat ku melangkah mencari sinar yang akhirnya tak tercakup jua. Gagal separa sedar, tiun akhirnya menyedarkan.. terkesima terangguk bisu aku meniti sejarah siang. Aku gagal memiliki daerah cinta kasih. Langkah mula bagai pendekar.. tersadung di pertengahan.. bagai musafir mencari seteguk air.. dahaga..

Cahaya oren terbenam matahari meninggalkan aku termanggu.. mengenang kasih terkenang perasaan. Aku tidak cukup baik untuk mereka sehingga tertendangkan.. Aku tidak mampu menjadi Ustaz Amirul 'Puaka Niang Rapik' yang sentiasa tenang perwatakan solehnya. Menjadi diri sendiri bagai menikam empunya diri.. berdosa? Hipokrasi bukan mainan gerak tubuhku, kerana aku yakin aku sudah cukup paksi berdiri.. tapi tempang jua langkahku..

Sinar siang terus berlalu menjelmakan kegelapan.. gelap jua langkahku tak terpandu. Hiba penghuni selangkaku usah diberitakan kerana tak bermakna ianya dilambungkan. Sekali terludah tak akan aku lupa peritnya. Takkan dapat ku halang mentari mengundurkan diri melenyapkan sinar cahaya tapi ku yakin bulan mempu menyuluh gelap jalan...



Muaz Hadi
No46 Kampung Tunjung

Wednesday, December 3, 2008

Muaz Hadi dan Pennsylvania

Oleh sebab ramai yang tanya isu ni, jadi aku tulis la skit, mcm mana aku boleh dijemput untuk memberi talk di Center for Molecular Modeling, University of Pennsylvania bulan February 2009. Tapi sebelum tu, aku dengan rendah hati menetapkan yang aku tak akan pergi atas sebab2 yang korang akan perasan bila baca kisah aku ni. hehe. Biarlah ianya menjadi satu kenangan yang manis untuk aku dalam mencapai status 'Otai Enzyme Modeling'. haha, angan2 mau besar beb!

Aku dijemput bukan sebagai student MSc UiA tapi atas kapasiti aku sebagai 'external reviewer' di Molecular Modeling punya center bawah National Institute of Health, Amerika Syarikat. Aku mula khidmat kat NIH sejak April 2008, projek basis. Sebenarnya syarat nak join NIH punya research group kena ada PhD, tapi atas beberapa keistimewaan, syarat itu berjaya diabaikan. Jadi disini lah bermula kisah itu..
  • ada satu projek di CMM-NIH yg tak settle hampir 5 bulan sebab professor kat situ tak dapat nak explain sebab apa structure 3000++ molekul pecah lepas simulate. Diaorg comeout dgn macam-macam explaination yang hebat2 setaraf dengan pengetahuan diaorg, tapi masih belum memuaskan hati mereka sendiri
  • aku ada sorang kawan kat sana, Dr CJ. Dia yang seludup aku jadi external reviewer kat situ. Jadi dia cerita lah masalah projek ni. Dia kasik semua file2 yang berkaitan untuk aku tengok. Pening kepala jugak, sebab paling besar aku pernah buat saiz structure dalam 40kD, dengan 200++ molekul. Ni 3000++ molekul, boleh juling mata
  • setelah 2 malam aku tengok2, nyata cetek ilmu aku tak dapat nak jumpa apa2 bahkan explaination dokumen pun aku paham dalam 40% je. terasa pulak ketidaklayakan bergelar 'External Reviewer' National Institutee of Healh
  • satu malam di bulan September, sesambil dengar lagu "Mengapa Dirindu" nyanyian Saloma (tgh patah hati) aku usha2 output file simulation yang menceritakan perihal bonding dan binding dalam structure tu, ribuan page, tapi aku tgk secara rambang je.
  • tgk punya tgk, aku perasan sesuatu! ada beberapa single bond dalam structure sebelum bertukar menjadi double dan triple bond selepas simulation! BOOOM! Maknanya, contohnya, kalau Carbon single bond boleh attach 4 molekul lain, Carbon double bond hanya boleh attach 3 molekul dan Carbon triple bond hanya attach 2 molekul lain.
  • Sebab adanya variasi itu, maka structure yang besar itu pecah sebab hilangnya kemampuan nak bind yang menyebabkan backbone structure terurai. Susah tul nak explain bahasa Melayu ni. huhu. Tapi ringkasnya begitu lah.
  • Aku go thru output file tanpa tido malam (sapa yang kenal aku mmg tahu aku tak tido malam, aku tido siang!) dan aku dapat lihat variasi itu hampir 20% keseluruhan structure
  • selepas 2 hari aku tgk2, aku terus email Dr CJ pasal apa yang aku nampak dan sehari selepas itu dia cakap ada logiknya... walaupun benda tu simple je
  • 2 minggu selepas tu, dia email aku dengan satu dokumen 8 page explaination yang menggunakan teori simple aku sebagai asas.
  • Dipendekkan crita, isu single bond jadi double dan triple bond adalah asas kenapa structure tu pecah dan explaination nya adalah apa yang dipikirkan oleh para professors sebelum tu. Teori aku itu adalah 'The Missing Link' yang diaorang gagal jumpa selama 5 bulan sebab ilmu mereka terlalu tinggi dan teori mereka terlalu complex.
  • Kesimpulan kisah ini, selalu lah kembali kepada asas, jangan tinggalkan benda yang simple, kerana pada yang simple itu lah letaknya complexity. Btul tak??
Dengan kejujuran Dr CJ, nama aku telah dimasukkan dalam repot projek itu dan KEBAAABOOM seperti kisah Nujum Pak Belalang yang menjadi Nujum Diraja, aku telah menjadi so-called "Renowned Scholar". Atas kapasiti itulah aku dijemput menyampaikan satu Public Lecture di University of Pennsylvania dihadapan para researchers, professors, postgrad students selama 1-2 jam. Gila mampos aku nak gi!!!


p/s kisah ini telah diolah menjadi lebih mudah difahami dan ada beberapa fakta penting yang disembunyikan. Anggaplah ianya sebagai cereka hanya untuk bacaan. Bak kata Ramli Sarip, "Aku menulis bukan kerna nama.."

Tuesday, December 2, 2008

Dambaan Sinar

Acapkali kita dihiris dengan suasana..
Selangkah itu juga hilang pandangan mata...
Membunuh sinar yang nyata..
Saksi pantulan hilang dari mata kaca..
Seribu terpana..

Hanya bebola mampu membaca sinar..?
Ketika ianya hilang terus tegar..
Gantinya.. perlu terus benar..
Hakikatnya mengapa dikejar..
Yang nyata pasti bayang sebenar..

Memburu sinar tanpa mata..
Tafsiran cekal hati terbuka..
Hijab terbuka memberi kata seribu makna..
Apa maknanya tetap sama..?
Apa ilusinya benar serupa..?

Tafsir sinar lembaran mata hati..
Hebat.. agung makna suci..
Telahan tertambat kata melati..
Harum menusuk.. membaja kalbi
Tetap benar.. harapan membudi.

Ayuh sinar.. mari dampingi hati melati ku..

Marhaen Juntai @ Muaz Hadi
Bilal D2.8

Wednesday, November 26, 2008

Pistol Ana!

Gentar hati menutur bicara pistol
Membunuh.. terbunuh.. aku tak mahu dibunuh
Kedebaabom bunyi bom
Bukan pistol..

Sahabat ku polis ayahnya
Bermain pistol kalah jemarinya
Berjaket kalis peluru pakaian kebayanya
Sekali senyum nampak bengis nya

Bila berjalan gaya polisi
Bila bertutur gaya menteri
Bila marah pistol terpatri
Bila menangis... bom berbunyi..

Tiada yang berani bertegang urat
Sekali marah singa tersurat
Sekali tengking Raha terkejut
Mengalir airmata K.Lina teruntut
Kerja Ojan terus terbantut
Husna ayunya hilang bagai diparut
Penangan anak polis sukar diikut
Kedebaabomm gunung berapi dua fasa terbentuk..

Ana anak pak Yahya sahabat ku
Seloka ini ku jalin buat senyuman dagu mu
Pistol polis bukan gemar ku
Seragam polis bukan teman ku
Bila susah polis ku cari bukan hantu..


Marhaen Juntai @ Muaz Hadi

Mereka2 yang malang dalam Seloka Pistol Ana

Sunday, November 23, 2008

Mencari Bahagia Hawa ku..

Sejuk menusuk sum-sum tak gadai panas cintaku padamu. Lingkaran cinta ini mendalam tak tergambar mata kasarmu. Puncak gunung terdaki menggapai awanan salju.. mendung jua menyinggah. Kenapa mendung ku sangka awan biru? Sejuknya mungkin.. menerobos membuat ku hilang pertimbangan, hilang tafsiran nyata... palsu membalut tingkah hati ku, fatamorgana menipu mata hati ku, tertiarap aku pada cinta ini..

Hujung jalan ku cari cinta sejati, tengah jalan terjumpa badai bagai cinta. Ku tabur baja menumbuh bunga cinta, suci ikhlas.. tulus gerakku. Tapi badai tetap badai, hembusan kasar anginnya meluruhkan kelopak bunga ku baja. Tanpa belas, tiupan terus deras.. kelopak bunga gugur ku pungut, air mata mengalir.. hiba luluh hati ku.. sayu benak kalbu ku.. rintihan ini hancur melukut

Sahabat.. penuh rasa sayang ku; kosong kau nilai..
Sahabat.. tulus kasih ku; terpinggir hati mu..
Sahabat.. suci cinta ku; tiada nilai buat mu....
Aku akur

Jalan ku titi membawa kelopak bunga gugur. Tiada lagi benih bunga cinta untuk ku tabur, tiada lagi baja sakti untuk ku suburkan bunga cinta. Hati ku lemah, jiwa ku sunyi.. Langkah ku.. melangkah tanpa erti. Tuhan.. Kau ciptakan hati.. syukur ku merasa. Nikmat payah mencari bahagia Hawa ku... tersungkur aku dengan nya.


Marhaen Juntai @ Muaz Hadi
Bilal D2.8
2.30 AM
Nov 23, 08

Friday, November 21, 2008

Siapa Marhaen Juntai?

Lebih dari suka, hampir kepada sayang.... cinta?

Mundar mandir genre tulisan marhaen seperti Muaz Hadi bulan ini menggalas bukti sakti kasih. Aku masih remaja, terganggu emosi terbawa kasih perkara biasa bukan? Terundang juga rakan-rakan kem sastera membaca blog ini menaikkan semangat marhaen sejati ku berbahasa seperti dulu. Tak ramai yang kenal "Marhaen Juntai" tapi aku tahu ramai juga sarjana kem sastera mengambil karya ku di Astana dulu. Kesempatan berbual setelah sekian lama menyepi tertemu imbasan kehebatan "Marhaen Juntai" suatu ketika dahulu. Atas permintaan 3 sahabat kem sastera, ku ungkap ringkas peribadi jati Marhaen Juntai..

Setelah terbongkar disini, ya aku Marhaen Juntai yang kalian kenali, nama angkatanku Muaz peranakannya Abdul Hadi lestari bonda Hasnah. Aku bukan ahli sastera, tapi bahasa menjadi teman hati ku. Sasteraku bermula dengan citra M.Nasir. Aku pernah dididik oleh Pak Munsyi Cikgu Wahab sekitar tahun 2000, tetapi terlebih dahulu diangkat karya sastera oleh ilmuwan bahasa sekolah Cikgu Salmi, Cikgu Zamri, Cikgu Ummi, Cikgu Ashikin dan dikarang bakat ku oleh Cikgu Mahayadin. Banyak karya ku di majalah-majalah siswa malahan terselit jua di dada akhbar perdana. Aku menulis memenuhi pemikiran, melampias penangan dan menggali kependekaran. Sehingga tahun 2005, aku rasa itu lah tahun aku berhenti menulis untuk publisiti..

Sahabat kem sastera, kalian pasti ingat, aku ke kem 2006 membawa sebuah buku penuh kata mainan gurindam dan syair karya tak terlihatku. Aku masih ingat, hampir ke semuanya di dendangkan oleh rakan-rakan sastera muda yang belum punya karya dan langsung diambil terus menjadi milik meraka dengan izinku. Kemudian aku muncul di kem siri tahun seterusnya tanpa karya membawa nama "Marhaen Juntai", di mana kalian mula mengenaliku. Anugerah malam itu hasil karya spontan oleh ku, mujur ada yang merakam kalau tidak karya itu pasti tenggelam kerana aku sendiri tidak pernah menghafal lafaz lidahku.

Blog ini primanya bukan untuk sasteraku, tapi luahan hati melati ku tanpa pengaruh Marhaen Juntai, tapi kalian membawa identiti ku ke sini tanpa segan aku terbongkarkan. Ya, aku rasa cukup disini membahasa peribadi Marhaen Juntai atas permintaan Syaibi, Testri Alwina dan Niza, nikmatilah karya emosi ku di sini. Sebarkan kepada adik-adik yang baru, Marhaen Juntai di sini. Salam untuk guru-guru agung Pak Samad, Ali Juragan dan lain-lain yang mengenaliku. Kerna halangan, tak bisa ku lentikkan kaki ke tempat kalian. Aku hanyalah sasterawan pinggiran, ahli Bioteknologi lengkorannya. ;-)

Wednesday, November 19, 2008

Signal diterima


Bahasa bisa terungkam,
bila kata terbungkam..
aku baca signal hitam!

gerak laku mampu berkata,
bila hati resah tak selesa..
aku faham signal berbisa!

bijak manusia mengait kata,
bijak pujangga merungkai makna..
aku dapat signal rasa!

hadir bagai harapan..
datang bagai penawar..
fatamorgana rupa gerangan..
sekali tertipu pujangga gusar..

aku pujangga.. aku pujangga itu..
aku pujangga.. aku pujangga kabur..
aku pujangga.. aku pujangga termain..
aku pujangga.. aku pujangga kecewa..

asa ku bukan taruhannya..
marhaen ku jahil seribu..
aku tangkap, aku dakap.... aku dapat apa signal nya..

kejam sungguh cahaya mataku..

Tuesday, November 11, 2008

Mencari Cahaya Hati ku..

Bisikan..
Lintasan hati.. khowathir qalb..
Muaz Hadi percaya pada hati ini..
biar golakan listrik nya... tak sempurna..
biar anjakan gamudanya... terbobrak..
sufi mu.. benar ku percaya..

Melati hati ku..
tegar engkau dibajai buntu..
benar engkau terpana seribu..
anggukan hujung dagu mu.. mengeyakan suasana tuju..
aku ditipu?

Hijab melati ku tembusi..
mula melangkah mencari erti..
menggapai yang jauh di ufuk dini..
mencari melati 'cahaya hati'..
mencari noraini..
tertangkap seperti terlepas isi..
akhir jalan ku tak pasti..
aku ditipu lagi?

Cukup lah.. mengalah
apa erti jalan melangkah..
apa makna hati meng-galah..
hujung pasrah..
biar disepak.. hati terserah..

Monday, November 3, 2008

Percaturan Politik Zulkifli Nordin

Hari ni lenguh tulang belakangku membaca nota2 untuk exam hari Jumaat ni. Aku membaca dari lepas Zohor sampai Asar, lepas maghrib aku tido jap sampai isyak, pastu sambung membaca lagi sampai kul 11. Kemudian aku rehat sesambil surfing internet dan update beberapa blog yang perlu. Alhamdulillah, hari ni ada duit masuk ke akaun PayPal, cukup buat makan 2 minggu. huhu. Apa lagi, terus aku ambik kunci keta, gi McD cari bubur ayam ngan Jimik. Layan.. Dah pkul 2.15 pagi, tringat aku pada Zulkifli Nordin, ahh aku mahu menulis tentang dia..


Aku bukan orang politik, bahkan aku benci politik dan percaturannya. Tapi aku kagum perwatakan beberapa figuras politik Malaysia. Mahathir dengan kepintarannya, Anwar dengan kelicikannya dan kini muncul soeorang lagi wira yang merisaukan, Saudara Zulkifli Nordin, ahli parlimen Kulim. Sebelum dia masuk politik, aku banyak belajar dari nya, kuliah2 nya aku hadir mendengar. Tak keterlaluan aku katakan dia adalah individu yg bertanggugjawab menanam benih kerisauan tentang masalah umat Islam di Malaysia dalam jiwa ku. Isu murtad, masalah dan kelemahan sistem undang2 Malaysia dalam membela masalah2 agama aku tahu dari mulutnya.. Dia punya jasa dalam mendidik dan membuka minda umat Islam di Malaysia. Sekali lagi, aku bukan orang politik, aku bukan budak law..

Masuk PKR dan bukan PAS menjadi satu titik yang aku kurang pasti kenapa. Mungkin dia lebih selesa dengan Anwar berbanding Hadi. Tapi aku jugak tak selesa dengan tindak-tanduk Hadi, jika Dr.Harun yang diangkat, pasti aku pendokong utamanya. Berbalik kepada isu Saudara Zulkifli Nordin, aku tahu dia pernah mengkritik (dalam membela) Anwar dahulu, aku tahu dia punya prinsip dan tak mudah tunduk, aku tahu dia punya tunjang yang kuat memperkuat betis pehanya. Sudah 2 isu besar dibangkitkan bertentangan dengan so-call-prinsip perjuangan PKR. satu ketika dia menjadi pembantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam, dan baru2 ni dalam kelantangan mengkritik tindakan dan pendekatan kerajaan Selangor dalam isu2 berkaitan agama Islam.

Telah timbul juga isu dia bakal keluar PKR.. Mungkin tidak bagi ku kerana dia pasti faham erti perjuangan dan tandzim haraki. Aku tetap kagum melihat dia lebih petah membela berbanding MP Pas skrg di Parlimen tentang isu2 berkaitan agama Islam. Mungkin MP Pas berpegang kepada konsep keterbukaan dalam menjaga hubungan dengan PKR dan DAP, tapi prinsip bukan sesuatu yang harus digadai. Cukup rasaku statement keramat Zulkifli Nordin di parlimen tempoh hari,
"Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah".

Dia pasti tahu, yang dia tak mampu berbuat apa2 jika dia keluar berseorangan. Sejarah membuktikan, Ibrahim Ali yang kental dengan semangat membela melayu, akhirnya layu kerana bertongkat sorang. Zulkifli Nordin ku harapkan tak padam semangatnya, moga tindakannya mengambil kira kuasa organisasi dan kuasa individu.

Zulkifli Nordin.. guru ku.. murabbi ku.. aku kagum padamu.


Thursday, October 23, 2008

Sepi

Bisikku pada bulan..
Kembalikan temanku..
Kekasihku..Syurgaku..

Tanpa dia..Malam menemaniku.
Sepi memelukku..

Bulan jangan biar siang..
Biar alam ini kelam..
Biar ia sepi sepertiku..


Saturday, October 18, 2008

Madahku bermadah..

Muaz Hadi bermain kata mengungkap rasa, melahir jiwa menzahir tinta membawa simpulan makna masalah.. hati gerangannya....

Madah ku bermadah sehelai kata..
Aku mampu menerobos sempadan jiwa mencari setitik nila, setompok hitam di celahan karang hati.. tapi tepatkah telahan hati tafsiran nurani ku?

Madah ku bermadah secangkir madu..
Cinta kasih terbang bebas, melati putih menguntum berseri bagai dekat ditangan menggapai sejuk dinginnya.. tapi menggapai tak makna tercapai.. mengapa?

Madah ku bermadah gurisan hati..
Marhaen mengabdi terabdi khayalan, menguncup perasaan meruntun damak benak ku.. hidup janjinya bahagia, ketenangan temannya nostalgia.. tapi mengapa aku gagal membina nostalgia?

Madah ku bermadah seribu impian..
Impian harapan cinta menggunung, langit meninggi, taman ku lewati harum berpunya.. tuan menjaga silat pencaknya, kasih terkeluar melepasi jasad, menjangkaui pintar pilihan tercerna.. tapi mengapa bukan aku pilihannya?

Madah ku bermadah pasrah harapan..
Takdir mengungguli.. kehendak hati hanya kiraan siang berpayung panas hujan di tengah, membelai perasaan kalbu diulik.. bahagia.. di mana ku cari?

Thursday, October 9, 2008

Game OVER vs Harapan!

Huhu, episod malang dah bermula dalam perjalanan hidup aku. Malang ini bercampur baur antara sengaja dan tak terjangka. Biasalah hidup..

Game OVER 1: Masalah hati
- Statement "bucuk copy paste ye..ish2"
- Absolute GAME OVER!!
- Luruh jantung aku, cukup la Muaz, yg ko terhegeh-hegeh apahal??

Game OVER 2: Masalah reputasi
- 4 months makan gaji buta, tak ada achievement
- Nak g conference tak leh claim sbb tak ada paper nak present
- Last projek stuck, tak ada jalan kuar
- Apa laa hang ni Muaz, tak malu ke makan gaji buta!!

Game OVER 3: Masalah Prinsip
- Bulan ni contract habis
- Boss sruh sambung, tapi aku mengambil prinsip pertanggungjawaban
- Dah 4 bulan sblm ni tak ada progress, takkan la aku nak sambung lagik contract
- 5 bulan lagik pun bukan sempat nak buat apa pun sbb sibuk ngan kelas
- Jadi kalau aku amik contract ni mmg makan gaji buta la
- Tu lah hang Muaz, byk sgt plan, keje buat diam2, lain kali buat keje biar skit, tapi heboh kasik satu department tahu!

Game OVER 4: Masalah 5 bulan akan datang
- Huhu 5 bulan tanpa gaji, sakit woo..
- Apa mau makan?
- PTC? Blogging? Bleh ke survive ngan duit ptc n blog?
- Hang mmg nak mampos la MUAZ!!!


Harapan 1: Hati dan perasaan
- Hati ku tenang, damai selalu
- Jiwa ku syukur, akal sejahtera

Harapan 2: Research
- Research proposal siap
- Biar mantap + supporting document
- Susun semua modeling files
- Research methodology approved
- Dr Tareq Jamiil tolong la jgn reject proposal aku

Harapan 3: Financial

- PTC income stable
- Tak ada PTC yg aku invest duit dalam tuh lingkup
- Skit income dari blog
- Oh ayah dan bonda... kirimkan lah anakanda sedikit wang.. LOL

Moga aman dan selamat hidup ku 5 bulan akan datang.. AMIIN

Sunday, October 5, 2008

Eid Mubarak!

Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau ada salah dan silap, kita insan biasa lah buat salah, jadi harap di maafkan. Kadang lidah ni pun senang sangat berkata2 dan kadang terlepas cakap mengguris hati sesapa pun harap di maafkan jugak. Kira halal lah di hari raya.

Ucapan hari raya yang paling berharga tahun ni ialah dari boss, Dr.amzah. Isk isk tak sangka dia igt juga pada aku yang kerdil ni. Thank you sir!!

Saturday, August 30, 2008

Sahabat.. aku merindui mu

Mencari teman memang mudah, tapi bak kata sarjana, teman menangis sukar ditemui. Kemerdekaan esok mengimbau nostalgia sahabatku Allahyarham Pengiran Muhammad Kamal yang aku kenali lebih 4 tahun. Pada tahun 2002, dia kembali ke Rahmatullah meninggalkan aku sahabat yang dia kasihi.

6 tahun berlalu, kerinduanku tidak berkurang. Dikala aku sedih, masalah menimpa, aku perlukan kehadiranmu. Terima kasih engkau hadir dalam mimpi-mimpi ku. Terima kasih kerna menemani tangisan ku biar sekadar mimpi. Aku bahagia..

Aku punya ramai kawan, tapi tak ada yang aku mampu peluk dan menangis dibahunya. Aku punya masalah bertimbun, aku punya hati yang serabut, aku punya jiwa yang kacau, alam juga pengganti mu sahabat. Sahabat, tidak kah kau merindui ku?

Sahabat..

Kalau dapat ku ukir senyuman mu,
Pasti ku jadikan ia arca nostalgia ku..

Kalau dapat ku pintal gurauan mu,
Pasti ku jadikan tali ingatan buat ku..

Kalau dapat ku pinjam hati mu,
Pasti ku tukarkan menjadi hati ku..

Kalau dapat ku bertemu mu,
Pasti ku peluk erat melepaskan rindu ku..

Mungkin tak pernah terucapkan yang aku kasih pada mu kerana Tuhan kita, tiada yang memisahkan bahkan kehendak Allah jua.. Bertemu berpisah keranaNya juga. Sahabat aku merindui mu.. Mudah-mudahan kita bertemu di syurga yang kekal abadi..Amiin

Tuesday, August 26, 2008

Graduation - Happiness


August 24, majlis konvokesyen. Grad dah lama, bulan 12 2007, tapi UIA convo setahun skali je. Tak banyak gambar, sbb terkejar2 ke sana kemari. Ada la sekeping dua. Ni gambar dari kamera aswad. tq aswad. Dr kiri, Ain (Ms Mushroom), Aswad (QA engineer), Sheyna (Engineer gak), Huda (masters UTM) n aku yg kurang masa depan. Hahhaha



Progress aku plak;
Dec 2007 - Mac 2008 : Research Assistant - Biotech Dept
Feb 2008 : Scientific Symposium
Mac 2008 : National PG Conference, UTP
Mac - Jun 2008 : Graduate Research Assistant
May 2008 : International Conference in Advancement of Sc&Tech
Jun 2008 : Contract mati, menganggur sebulan
July 2008 : PG student, MSc Biotechnology Engineering
July - Oct 2008 : Graduate Research Assistant

Wednesday, August 20, 2008

Konvo - 24/8/08

Yeah konvokesyen bakal berlangsung hujung minggu ni, walaupun aku dah grad bulan 12 tahun lepas, tapi UIA ni konvo setahun skali daa. jadi tahun ni baru convo. Mesti best jumpa kengkawan yang dah lama tak jumpa. Ada yang akan bawak tunang, isteri, suami dan yang bawak anak pun sakan nak cass! Pali dah dapat anak, Asral dah kawin, Alin dan tunang, Awis dah berpunya, haha aku bujang lagik..still.

Yang tak boleh tahan, aku tak ada business kad, mesti yang datang nanti bertukar2 bisnes kad, ni yang tension ni. Ye lah, ada yang dah jadi engineer, ada yang scientist, ada pegawai krajaan, macam2 ada. Aku apalah ada, yang ada hanya perut buncit ku yang panti dirindui ramai! haha. Apa aku meraban ni. Ni lah nasib aku, student lagik, nak kawin pun tak ada duit, lepak2 je lah, gelap ke masa depan aku?? Nantikan...

Dah2 nak gi kelas pulak!

Sunday, August 3, 2008

Tajam-tajam si kulit durian



Minggu lepas asyik makan durian je. Tiap2 hari ada je durian sampai kat bilik. Durian Perak, Johor, Pahang semua ada. Aku tak la suka sangat durian tapi tu lah dah 'rejeki' datang, aku sapu saja. 'Afala ya'mus' skit je pun...

Mengkaji sudut pandangan simbolika durian, bagaimana tajamnya duri kulit nya dan bagaimana sedap nya isi buahnya bagai tiada keselarian antara keduanya. Seharusnya, menurut pandangan normality, luarnya seharusnya cantik berpadanan dengan isinya yang enak. Baru ngam orang kata! Mungkin ada yang tersembunyi yang harus disingkap dan dipelajari, kerana apa saja yang diciptakan pasti ada sebab dan musababnya..

"Rabbana maa kholaqta haaza baatilaa.. subhaanaka innii kuntu minaz aalimin."
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya tidak engkau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, Maha Suci engkau..."

Begitu juga lumrah manusia agaknya. Kadang kita silap enilai orang. Melihat fizikal luaranya, berwajah bengis, 'tak ensem', gemuk..haha.. tak semestinya melambangkan isi hati dan perwatakannya. Kalau durian yang tajam menyakitkan itu punya isi yang enak, sedap dan harum, pasti mungkin manusia membawa kerenah yang sama. Jangan mudah menilai orang.. sekali lagi, jangan mudah menilai orang. Nilai lah dengan hati nurani, bisikan suci. Jangan tersilap langkah dalam nilaian, jangan termenyesal kemudia hari...

Indah durian kerana isinya, indah manusia kerana budinya.


Monday, July 21, 2008

Cinta tak bersatu..


Cinta dan kasih bagai umpanan merimbun merentap keinginan manusia memilikinya. Manusia mahu mencintai dan dicintai. Kasih mahu di kasih tanpa terkasih. Banyak sasterawan ahli puitis memadahkan puisi kasih yang akhirnya persis kepada cinta kepada Pencipta. Itu tak dapat dinafikan, itu cinta yang hakiki tiada bantahan... aku juga akur kepada sang pujangga.

Memang menjadi lumrah manusia diciptakan berpasangan, tapi bagaimana bisa kita tahu mana satu pasangan kita? Aku kurang mengerti tak mungkin tak siapa pun tahu bagaimana. Kadang kita sukakan seseorang tapi dia sudah berpunya, kadang ada orang suka kan kita tapi kita tak suka kan dia. Bagaimana hidup ini bisa dicerakinkan? Apabila kita suka kan seseorang perlukan kita terus berusaha walaupun kita tahu dia sudah berpunya?

Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting go'. Ya mungkin aku bersetuju. Apa yang penting ialah, kalau kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun bukan bersama kita kerana kita kasihkan dia tanpa syarat. Tiada syarat untuk dia bersama kita, buat apa kalau itu menambah deritanya.. Kita tak mahu orang yang kita kasihi disakiti jauh sekali melihat dia menderita...

Cinta yang ada jangan dikorbankan, biar di tolak, biar disisih jangan biarkan ianya bertukar menjadi dendam. Semaikan ia sebagai kenangan, bergembiralah dengan ia kerana cinta itu nikmat kebahagiaan. Doakan mereka yang kita kasihi dan cintai itu bahagia dan kita pasti bahagia dengan kebahagiannya. Apalah ada pada rasa marah, kecewa dan sedih dalam usia yang sesingkat ini. Gunakanlah hidup ini sepenuhnya, buangkan rasa marah apabila cinta kita ditolak, bunagkan rasa kecewa apabila cinta kita tidak dihargai, buangkan rasa sedih apabila cinta kita tak terbalas..

Hiduplah sepenuh hati, cinta tak semestinya bersatu, mudah mudahan engkau bahagia di samping keluarga mu..

Tuesday, July 8, 2008

Mencari Erti Hidup

Alhamdulillah, minggu ni dah start kelas Masters program aku. Aku kena abiskan 20 kredit sblm start research. Tak lah banyak sgt, 2 sem dah abis. Sem ni dua core subjek dari Dr.Ramlan dan Dr. Elwathig, satu subjek ethics dari Dr.Abdi n satu Seminar. Lama gak tak masuk kelas jadi ala ala cuak. Haha. Apa apa pun aku akan cuba enjoy setiap kelas, skrg kena ubah style studi lah, "enjoy studi" bukan lagi "studi untuk enjoy". Ye lah kita dimomokkan untuk studi tinggi2 untuk untuk dapat kerja yang bagus, gaji yang besar, hidup yang sejahtera etc. Padahal semua itu lebih bermatlamatkan dunia kan? Siapa salah?

Kadang kita tersilap antara matlamat dan keperluan. Kadang kita tiada matlamat, yang ada hanyalah 'memenuhi keperluan'. Kerja tetap, gaji besar, isteri cantik itu semua keperluan kata orang bijak pandai. Itu bukan matlamat. Aku mahu membina sebuah mahligai dalam masa 15 tahun lagi, itu pulak apa? Keperluan? Matlamat? Yang pasti ianya bukan matlamat yang hakiki. Jadi apa itu matlamat?... Lu pikir la sendiri.. (bak kata Nabil 'Raja Lawak').

Aku bukan org yang bercita-cita besar. Rugi siapa yang kawin dengan aku. Aku tak pernah bercita2 nak berkereta besar, nak kerja besar. nak hidup mewah. Aku kagum dengan kehidupan ayah ku walaupun kadang2 aku kurang bersetuju dengan tindakan dan keputusannya. Dia tidak kaya, dia tidak miskin tapi dia punya jalan hidup yang sempurna bagi ku. Gaya hidup yang sederhana tapi membahagiakan bagi ku. Dia punya 7 orang anak, 4 lulusan ijazah universiti, 2 masih di universiti termasuk aku dan seorang lagi masih di sekolah menengah. Dalam umur 63 tahun dia masih gagah dan tampak muda.

Ayah ku lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia, First Class Honours. Pengajian peringkat Sarjananya di Temple University terbantut akibat kebiadapan politikus masa itu. Selepas tamat perkhidmatannya sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian agama Islam JPP dia terus berkhidmat sbg guru di sebuah sekolah agama rakyat berdekatan dengan rumah ku dan masih memegang amanah sebagai salah seorang Ahli Majlis Fatwa negeri, amanah yang dipegang sejak lebih 10 tahun dahulu. Dia komited dalam menjalankan kerja2 dakwah, ke sana ke mari memberi pandangan dan sumbangan dan tarbiyah rabbani. Acapkali dia datang ke Kuala Lumpur, ke Kelantan dan lain2 lokasi dalam sesi dakwahnya.



Kami diasuh dari kecil untuk solat subuh berjamaah. Selepas zikir, kami baca quran bersama satu keluarga diikuti dengan kuliah subuh pendek oleh ayah walaupun aku seringkali tidur time tu. Haha. Dan sekarang bila cuti2, semua pulang ke rumah, tugas kuliah subuh itu kadang digilirkan kepada anak2 lain dan aku juga pernah membincangkan soal akidah dalam sesi itu. Itu budaya dan satu kejayaan buat ayahku kerana mampu mewujudkan budaya itu dalam keluarga. Sampai sekarang, budaya itu masih terpahat kukuh dan terlaksana tatkala semua pulang bercuti. Aku bangga dengan budaya itu, mudah mudahan aku berjaya membawa budaya itu didalam keluarga ku di masa hadapan...amiin

Kependekaran dan kecintaan ayahku kepada Al-Quran mmg tidak dapat dinafikan. Siapa mampu manyangkal "anak-anak ustaz Hadi" dari tahun 1990 pada zaman abangku Abdul Ghafur hinggalah tahun 2006 waris terakhir Ustaz Hadi, adik ku Muhammad Anas. selama lebih 1 dekad arena Tahfiz, Tilawah Quran Perlis dimonopoli oleh "anak-anak ustaz Hadi". Abang ku berkali2 mewakili negeri ke kebangsaan, kakak ku Taqiyah pernah menjadi Johan peringkat kebangsaan tahun 1994 kalau tak silap aku dan pernah mendapat naib johan, aku sendiri pernah mendapat Johan Tahfiz kebangsaan pada tahun 1996 dan 2000 bahkan adikku berkali-kali berjaya di peringkat kebangsaan. Dia berjaya mendidik anak2 nya seramai 7 orang dalam menguasai Al-Quran dengan titik peluhnya sendiri. Kami tidak dihantar ke pihak ketiga untuk dididik. Ini lah yang sukar dilakukan oleh ibubapa zaman skrg, kadang kita tiada masa dan kadang kita sendiri tak mampu mengajar tinggalan Rasulullah, wahyu Allah ini kepada anak2 kita..

Rutin hariannya selepas pencen begitu luar biasa, selepas kuliah subuh, jika tiada anak2 dirumah, dia buat kuliah subuh di surau. Selepas itu dia dia terus keluar beriadah (aktiviti yang paling aku tension bila balik umah). Dia berlari bersama abg2 polis gagah seperti org muda, mungkin dia lupa dia sudah 63 tahun. Selepas bersarapan dia ke sekolah. Pulang di tengah hari terus tidur paling lama pun 30 minit. Dulu aku tahu, dia mampu tidur hanya 5 minit, giler pawer. Sejam sebelum asar dia akan menelaah kitab2 (ada 7 buah almari mcm library kat umah aku penuh dengan kitab2 dia) atau nota2 nya sehingga asar. Selepas asar, dia terus keluar bermain ping-pong bersama jaguh2 ping-pong perlis. Pulang dalam 6.30 terus bergegas mandi dan bersiap untuk mengajar di Masjid, hampir tiap malam setiap minggu dia memberi kuliah mingguan di 4-5 buah masjid di sekitar Perlis. Pada musim haji, tiap2 pagi Sabtu dan Ahad dia diamanahkan oleh pihak Tabung Haji untuk mengajar bakal haji tentang selok belok melakukan haji.

Dia beruntung kerana mempunyai isteri yang begitu taat, bertolak ansur, memahami dan begitu baik yakni ibu ku. Mungkin di masa depan aku akan ceritakan sedikit pasal ibu ku. Aku mungkin mengimpikan satu kehidupan yang sederhana, tiada kesempitan wang, mampu menyara keluarga ku ke tahap yang selesa. Punya masa untuk ke masjid, punya masa untuk bersama keluarga. Biarlah tidak kaya harta, tapi kaya budi. Ayah ku punya reputasi yang besar di kalangan orang2 kampung kerana sikap nya yang suka menolong orang. Aku ingat lagi masa kenduri kawin kakak dan abang ku, penduduk2 Kuala Perlis menghantar tong2 ikan segar, beras didatangkan terus dari beras terbaik dari Thailand dan org kampung datang beramai2 membantu majlis perkahwinan itu. ayah ku malu ke Pasar kerana apabila ke Pasar, duit nya tidak luak kerana peniaga enggan mengambil bayaran, hobinya menjala ikan juga kadangkala terbantut kerana apabila menjala ada saja orang yang menyapanya. Aku tahu dia bahagia, aku tahu dia punya kehidupan yang tenang. Moga syurga bagi mu ayah...

Tuesday, June 17, 2008

Terma dan Syarat - Interpretasi Puisi

Cabaran interpretasi Puisi karya Muaz Hadi

Benda ni just for fun je, jadi caranya macam ni. kita mulakan dengan post ni http://damai-hati-ini.blogspot.com/2009/06/aku-redha.html
- korang post korang punya tafsiran/apa yang korang faham kat situ.
- terpulang lah nak tafsir line by line ke, rangkap by rangkap ke tak pun summary semua ke
- pemenang akan dinilai menurut apa yang aku rasa best
- tarikh tutup komen tafsiran itu ialah bila aku ada post seterusnya. maknanya by the time aku post puisi seterusnya, komen/tafsiran/interpretasi utk puisi tu ditutup dan pemenang akan diumumkan.

Lepas tu pertandingan akan dilangsungkan untuk puisi seterusnya pulak. Jumlah penyertaan terhad kepada 3 je untuk satu puisi. hehe

Hadiahnya RM10 (cimb bank in/reload top up).

Kisah Sang Blogger

Huhu, aku ni blogger ke? Soalan penting tu.. Alah pedulik apa, yg penting aku tenang dengan dunia ku. Ada masa lapang aku membebel, ada masa lapang aku mencari mana peluang mencari duit, ada masa lapang aku belajar, aku mengajar, aku membaca, aku mendengar, aku melihat dan apa-apa yang baru ku anggap ilmu berguna buat ku, apa yg lama, ku anggap satu peringatan. Itu sahaja.. Yang penting ada keseimbangan dan aku tahu apa yang aku nak dalam hidup. Biar ada hala tuju, biar ada arah panduan baru tak tersungkur.

Sedar tak sedar aku dah punya 4 Google id dengan 11 blog termasuk blog ini, semuanya masih berfungsi. Paling tidak akan ada saja tulisan baru sekurang-kurang nya sekali sebulan. Kalau aku tak punya masa, aku link kan saja article org lain, asal kan pembaca blog ku dapat ilmu, penulis artikel itu dapat mengembangkan ilmu itu dan aku sebagai medium untuk mereka memberi dan menerima. Secara detail nya;
  • 2 religious blog, asal nya 2, tapi sbb tak terkawal, aku tutup satu sbb aku bukan ustaz, sekadar berkongsi ilmu yg setitis ini. Itu sumbangan aku, aku syukur kerana aku punya anak2 halaqah yg saban kali berkunjung ke situ membawa teman2. Arigatoo semua nya.
  • 1 blog suka2, blog yg korang tgh baca ni lah. ni blog buat aku bebas menjadi aku. huh, aku tetap aku, aku tetap Muaz Hadi!
  • 1 blog kongsi PTC payment proof
  • 2 blog ilmu blogging, kongsi mcm mana buat duit dari blog
  • 5 blog affiliate marketing

Dalam minggu ni insyaAllah, lagi 5 blog menyusul. 5 blog ni adalah kerjasama "Projek Famous" yg menggunakan HonOps sebagai paksinya. Ianya lebih kepada Home Business. Secara kasarnya, usahasama ini melibatkan 3 orang termasuk aku yg mana pecahan keuntungan nya 40% - 30% - 30%. Aku ambil ini sebagai satu batu loncatan untuk terjun ke dunia Affiliate Marketing. Jadi aku tangguhkan projek Blogging to the Bank aku dan fokus kepada Projek Famous. Semua tools, master plan, gerak kerja sudah siap. Aku rasa kalau projek ini berjaya, huhh BOOM aku trus jadi kaya. haha. Lagi pun buat masa ini untuk keyword "online earning for beginner" blog aku still ranking number 1 dari 500 000 results kat Google. Walaupun tak banyak, tapi aku melangkah jugak perlahan lahan... Alah apa salah nya berangan, dengan kekuatan yg ada pada HonOps, aku yakin kami mampu pergi jauh dengan Projek Famous ni.

Aku rasa gembira, dengan masa yg ada sikit masa tunggu simulation running, aku boleh taip blog entries yg boleh bagi manfaat kat org (bukan blog ni la, ni blog suka suka... huhu). Apa2 pun, setakat sekarang, aku dah berjaya membina tapak pendapatan dari internet, blum masuk Fasa Menuai hasil lagik, tapi alhamdulillah, aku dah berjaya buat lebih RM2000 dari internet. Ini serba sedikit pasal aku, masa aku mula2 tulis pasal diri aku dalam mencari duit dari internet. Klik di SINI untuk baca.

Tuesday, June 10, 2008

Euro2008: Italy vs Holland


The best match I've ever seen.! Serius tak tipu. Terbayek. Holland mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Juara Dunia Italy dengan gol oleh Van Nistelrooy, Wesley Sneider n Gio. Semua player dari Liga Sepanyol. Gol Nistelrooy mmg outside tapi aku malas nak komen. Huhu..

Sebenarnya aku mmg tak ikut Euro2008 sbb tak ada England, bukan la sbb aku fan England, tp sbb aku suka tgk England main, Beckham still da best. huhu. Tapi smlm aku lapar, aku turun bli burger, pastu lepak la jap. Start match je dua2 team lancar giler, laju, pantas, passing terbayek, mmg best la. Trus aku lekat kat situ. Tapi mmg best, sesapa yg nak tgk quality football boleh cari rakaman match ni.


Aku rasa Italy kena pakai striker tua la, Inzaghi n Del Peiro, yg ada smlm tak jalan sgt, tumpul. Passing dari Pirlo mmg dah ajaib, superb tapi tu lah tak ada penyudah yg bagus. Tapi yg paling best gol Sneider, lawa seh, bijak. Counter attack yg cemerlang. Ni nak ajak Van baasten masuk Chelsea ni.Entah, tapi dulu masa Mourinho keluar, Van Baasten di lihat 2 kali tgk match Chelsea n duduk kat kawasan VIP di kalangan Abramovich. Tapi at last, Israeli Avram Grant plak yg dilantik.. Skrg Avram dah tak ada, jeng..jeng.. Tapi khabarnya Rijkaard nak masuk, layan jugak. huhu

Tuesday, June 3, 2008

Aku dah Hidup ku..

Ahh tak mengantuk, fikir punya fikir, baik aku tulis satu entry pasal aku je lah.. dah seminggu tak ada new entry kat blog ni.. hehe. aku tgk stat aku ada je org masuk hari2, entah sapa lah yg minat baca blog merapu aku ni. huhu.

Apa2 pun, I got a new hp!! N70 aku kena curik, dekat 1 bulan jugak aku tak pakai henpon, ye lah, bila nak kuar duit sendiri bli henpon, mmg rasa berat tangan. Jadi dengan berkat cuti sekolah, aku pulang ke rumah kerana kakak2 aku semua balik umah. Sorang2 aku paw, jadi dapat lah fon murah buatan Malaysia, CSL. Boleh tahan jugak. tQ Kak Cik Umamah. MMg dari dulu aku tak pernah bli hp, fon pertama aku Nokia3310, kena rembat kat matrik, Kak Cik jugak yg hadiahkan. Fon kedua aku Nokia "Butterfly", Kak Lin yg bli kan. Sayang kak lin. Mahal masa tuh.. Tapi bila masuk main camp, fon tu rosak, boleh sms je, fon tak dgr apa2. Pastu mak sedara aku hadiahkan henpon baru, Nokia "sabun". Masa tuh RM1k lebih harga dia. Gila la mak ndak bagi henpon mahal kat aku. Habis semua sepupu aku bising, nak buat mcm mana, aku anak sedara kesayangan.. Bangga nya aku.. Tup tup henpon tuh ada problem, aku baiki, pastu tetap ada problem.arghh tension giler, mau tak mau aku bagi je henpon tuh kat adik aku suruh dia trade in. Dia kamceng ngan cine jual henpon kat kampung aku. Trus aku dapat nokia N70. Aku pakai sampai lah grad uia. Tapi fon tu kena rembat masa aku pi solat jumaat. Laknat btul sapa curi hari jumaat plak tuh.!!

9hb ni contract RA aku mati, sedar tak sedar dah 6 bulan aku jadi RA, 9/12 - 9/6. Aku dapat 2 kenaikan gaji dalam masa 6 bulan, 2 paper published, 1 paper pending, 2 conference, 1 lagi 13/6 ni, jadi 3 la conference aku dah gi. Boleh tahan jugak aku. Haha. Kurang2 ada la benda nak crita kat anak cucu nanti..

Minggu lepas aku dah antar email kat supervisor aku cakap aku tak nak renew contract aku yg bakal tamat ni. Trus dia panggil aku, dia igt aku nak resign sbb marah kan dia etc. Laa bila pulak aku nak resign, aku nak cuti jap sbb semester baru bukak Julai nanti. Aku pun nak rehat gak. Lepas grad trus keje, aku tak cuti tuh, nak la aku cuti sblm masuk kelas masters. Lagi pun aku nak settle duit aku ngan RMC, mau dalam RM800 lagik hilang masa tukar contract. Bincang punya bincang, aku sambung contract 1 Julai, wah ada kenaikan gaji lagik. Huhu boleh bli keta mcm ni. Supervisor aku dapat grant baru sbb tuh bleh naik skit. Dr.Hamzah pulak giler kaya grant RM2.4 juta.

Oleh sbb gaduh2 hari tuh, aku rasa supervisor aku boleh rasa lah aku keje sungguh2, mungkin dia tgk claim Azizul tiap malam, tiap hari atas nama aku. Jadi hari tuh dia kata duit grant tuh cukup untuk support aku habiskan 4 sem, walaupun aku buat coursework + research n dia akan bayar. YEEEHAAAAAA. Masa aku tukar mode masters aku jadi coursework n research dia cakap dia tak nak bayar masters aku, dia akan bayar 2 sem je masa aku buat research. Maknanya aku kena cari dalam RM6k untuk 2 sem lagik. huh. Apa lagi aku pun celapak la sana-sini, tup tup dapat RM9k dari Baitulmal Perlis, hah caya lah. Boleh tahan PR aku. Jadi skrg apa aku nak buat ngan RM9k? Aku kena gi bincang balik, mungkin aku amik separuh je kot, duit zakat tu wei, mana bleh aku enjoy2 naik genting. Duit grant tak pe lah aku enjoy. Haha, apa apa pun aku dah tempah bilik kat Vistana Kuantan untuk conference 13hb - sapa suruh aku g conference di luar contract aku.

Jadi 16hb - 1 Julai aku cuti. Aku rasa nak gi lepak Langkawi lah seminggu, bawa laptop aku. Studi buku Rob Benwell sampai khatam, trus start Blogging to the Bank. Aku kena pilih 6 niche, nanti aku pilih product kat ClickBank - trus buat 30 bijik blog. Aku kena set up blog tu untuk running 6 bulan - 1 tahun, jadi aku kena kumpul entries untuk tempoh tuh. Mungkin 1 article per week, jadi aku kena ada 30 article per week. Tgk la mcm mana. Aku rasa boleh set up dalam masa 2 minggu, pastu aku relax je gi kelas + research. Rob Benwell bleh buat RM90k sebulan, tak kan aku tak leh buat RM9k sebulan. Boleh RM2k pun jadi lah. Aku dah ada sikit sebanyak ilmu blogging, SEO, tips Shaun Taylor plus whole content of Rob Benwell punya bahan. WISH ME LUCK!!

Thursday, May 22, 2008

John Terry..oh John Terry

Robek hati ku melihat kegagalan John Terry menyempurnakan sepakan penalti kemenangan untuk Chelsea tadi.. Kita kalah lagi pada Man United, kalah di EPL, kalah di CL.. Pasti ramai yg kecewa, tatkala fan Chelsea punya 98% konfiden untuk menang apabila Petr Cech berjaya menepis sepakan Ronaldo kita dikecewakan oleh Captain ulung kita..

Apa justifikasinya? Apa rencana hayat nya.. Apa apa boleh berlaku, manusia hanya meancang, Tuhan juga yg menentukan. Kami pasrah, hati ku duka, melati ku parah terpana..

Wednesday, May 21, 2008

Panglima membongkar, wira terkancing

Aku mahu menulis lagi.. walaupun sebenarnya aku tidak punya banyak masa. Assignment yg sepatut nya siap 20hb belum ku siapkan lagi. Ahh tak mengapa, biar aku respon isu baru ini dahulu, baru tenang hati melati ku..

Pada post yg lepas sudah ku katakan yg nahkhoda kapal punya senjata rahsia. Banyak meriam, panah, bom2 jangka yg sudah berderet mahu dilepaskan. Ombak itu mesti dijinakkan. Ombak itu mesti dihapuskan. Wira-wira tak tercanang terus mencanang lagi, diri-diri terkecut terus mengecutkan diri, tak tahu mana mahu di sokong, mana mahu di dukung. Huh kepentingan masih jadi percaturannya. Kalau nahkhoda kapal disokong mungkin selamat perut anak bini ku, tapi kalau nahkhoda itu tumpas terpalok, mana untung nasib ku. Aduh pening mahu memikirkan. Ehh lupa, aku bukan menteri, aku bukan timbalan menteri, aku bukan penasihat bertaraf menteri.. Aku hanya ahli di kampung. Ahli kampung pun punya kepentingan, mana tahu aku bisa jadi jagoan di masa mendatang..

Heboh siapa melepaskan bom beracun ini. Surat Tun Mahathir didedahkan, kenangan surat 9 tahun dulu dari PM Malaysia kepada PM Israel Ehud Barak masa itu disebarkan. Isu 'Clinton Fund', minta dana pilihanraya dan beberapa isu2 diplomatik terdedah melalui surat itu. Bagai enteng membenteng kata, terkesima lagi rakyat Malaya. Apa ini? Hubungan diplomatik dengan Tel Aviv? Fund raising untuk pilihanraya? Nak tentang Islamic Fundamentalist di Malaysia? Musibat betul penghantar surat ini. Hishhh tehan demi telahan memantul terpantul ke muka. Nahh amik ko ombak. Tapi siapa penyebar surat ini? Motifnya jelas, kehendak nya jitu, masa nya tepat. Tersiar bagai bom rantai Hiroshima dan Nagasaki, tersebar bagai bom kimia krisis Iraq-Quwait, meletus bagai hancurnya Gunung Tora Bora dek menjejak Osama yg tak terjumpa... Hah ambik ko labu, labu yang terjun atau luncai meluncaikan labunya?

Mujur ada blog, mujur Tun Mahathir menjadi blogger, sekurang nya ada juga wadah dia berbahasa membetul kan mana yg salah, menjelas kan mana yg keliru, menjernihkan apa yg keruh.. mungkin juga bisa mengeruhkan mana yg sedia keruh, mengaburkan apa yg sedia kabur, mengelirukan apa yg mula keliru.. Ahh itu antagonis!! Lihat sahaja apa jawapan bagi surat itu;
Dr Mahathir Mohamad: "Letter" to Prime Minister of Israel

Ha..ha..ha.. kami ketawa lagi. Peperangan sudah bermula, mistik mula melastik, rahsia mula terbongkar dan membongkar. Bom, panah beracun, senapang, M16 yg sedia terisi pasti terlepas dalam masa terdekat. Kacau bilau. Takkan tenang hati melati ku kalau begini, yaa dunia, engkau mengepang lagi? yaa nasib engkau bercanda lagi? yaa hati engkau merintih lagi... terus merintih hati melati ku...





p/s: Teringat crita Pendekar Bujang Lapok "Alif..mim..nun..wau...Alif tendang wau = SARKIS!!"

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO

Monday, May 19, 2008

Ombak VS Kapal

Aku nanti kan subuh yg bakal menjelma barang seminit dua.. Entah bila kitaran hidup ini bercanda berubah putarannya... Aku manusia malam kini. Kenapa begitu? Fikiran ku terasa tinggi prestasinya di malam hari. Kerja2 panulisan serta pembacaan ku pantas di malam hari. Ini kelebihan atau kelemahan? Apa banci kata hati, biar melati ku terus berhati..

Ku sulusuri blog sahabat handai, wah ku terbaca tentang tokoh negara keluar parti mahu mengemudi ombak menghempas kapal. Haluan kiri kah? Kanan kah? Tersilap langkah terhunus keris menikam lapisan adipos menyucuk kesarjanaan. Keluarnya dia mahu membuah ombak besar, tapi ombak itu kalau besar jahat jadi nya, kalau kecil tenang bunyi nya. Mana satu natijah ombak jadian ini? Semalaman hanya 'wira tua' projek kelapa, padi di bumbung dan lain2 idea bombastik yg turut serta membuat ombak. Tapi ku sanjung juga kependekaran kedua2 wira tua ini.. Hehe menggeletis pundak dada ku. Apa aku sudah gila? Aku kagum? Hey sang pujangga hati melati, kenapa kau kagum? Ya aku dengar hujah nya berkali, aku ikuti syarahannya lewat masa. Semester ini di ISTAC dia bersyarah lagi. Sedap bunyinya, bernas fikirannya. Masakan dia sudah hilang kependekaran nya... Ahh aku tau.. Mungkin itu bukan pendekar, hanya guru di kolej Gurukul, teori bercambah hidup beralang. Eh.. tapi dia wira.. Dia menteri di negeri Emon dulu.. Biarkan..Biarkan..

Muncul pula wira tak tercanang mencanang kata. Dakwanya bagus perbuatan itu. Perginya tokoh itu bersama pendekarnya di ayat bagai perginya duri mendaging, daging kan tenang duri tak lagi menyucuk. Bagus jugak bunyi nya. Kalau itu rentak nya, ombak itu bakal menjadi ombak kecil yg mendamaikan, ombak yg di alu alukan, ombak yg disukai ramai. Entah lah, kita nanti kan saja drama ini, panglima bermain hikmat. Ku teringat hikmat Cakar Penunduk Naga, mungkin itu hikmat terulung yg diguna wira2 ini. Tapi sampai mana? Pasti tercungap juga bagai Wira Utama tewas di tangan Penjejak Awan dan Penjejak Badai. Hehe.. Sekali sekala gaya tulisan ku mirip Pak Habib..

Siapa bakal tewas? Kapal dikemudi terhegeh-hegeh, sang nahkhoda terumbang ambing dilambung angin di atas kapal. Ombak kiri kanan depan belakang menyerang. Mana tak tercungap entiti kapal. Firasat ku nahkhoda kapal masih ada angin nya, masih punya hikmat rahsia, mungkin hikmat kota larangan? Mungkin hikmat Gaya pedang ke-23? Siapa tahu? Pedang 12 sudah terhunus tatkala dia menutur "Operasi Lalang", anak panah tersedia melancar, peluru meriam pasti terisi di lohongnya.. Ya kami nanti kan, tembak kan semua nya...Ledak kan seluruhnya.. Biar pecah kapal di landa ombak asal ombak jua terpecah, dua2 terhina. Laga kan, kami suka melaga dan dilaga.. Itu kita, itu identiti kita, itu maksirat kita.. Org di pantai timur gelak mendada..

Puak politikus menikus lagi, bagai luncai dan labunya, bagai Tanggang dan kapal nya bagai kelembai menyumpah tersumpah. Biarkan mereka, biarkan saja.. Tidurlah hati ku, tidurlah melati ku, ku dendangkan syair gurindam jiwa..

Thursday, May 15, 2008

Malam Sepi Kesyahduan..

Ku nanti malam, bagai si pungguk menantikan bulan nya.. Kerna malam bisa menenangkan daku, kerna malam bisa mendamaikan hati melati ku.. kerna malam punya kesejukan selesa mendampingi benak fikiran, merungkai untaian tribulasi siang.. Malam itu kurnia, malam itu anugerah, malam itu lurah kasih sayang a'bid kepada Tuhannya..

Munajat diri hamba di sepertiga malam, memohon kesyahduan sanubari, membekal kecekalan rohani..Moga ini menjadi benteng perisai diri agar tidak tersungkur dengan haloba dunia.. Malam tetap bernyawa.. Malam punya cahaya buat mereka yg taat, malam punya erti buat mereka yg patuh, malam punya syahdunya buat perindu pada yg Azali. Tidak ada permulaan, tidak ada pengakhiran, tidak ada sempadan, tiada bertempat, tiada terkandung jisim... Itu lah tunjang sandaran a'bid di malam hari, Tuhan yg Esa, tiada teragih kerna Allah itu juzuk yg tidak terbahagi.. Itu aqidah kita, itu pegangan a'bid, itu paksi kepatuhan tunduk syukur penuh keinsafan berteman malam sepi kesyahduan..

Sepi ini kutagih, sepi ini ku minta, sepi ini ku terapkan kedamaian mudah-mudahan damai hati melati ku di malam sepi kesyahduan dengan keizinan Tuhan Pencipta alam, Dia lah yg menjadikan, Dia lah yg membolak-balikkan hati ni.. Teguhkan hati ini ya Qayyum, lazatkan hati ini dengan kedamaian ya Razzaq, buka kan dada ini dengan keimanan yg syahdu ya Fattah..

Hati melati ku merintih lagi di malam yg sepi penuh kesyahduan..

Tuesday, May 13, 2008

Sejuta kata.. Hati melati..

Insan punya lidah yg bisa berkata.. Insan punya akal yg bisa menilai.. Insan punya rasa yg bisa mengesan dan terkesan.. Insan punya kelengkapan pancaindera yg luar biasa takdir aplikasinya.. Semua itu harus dihargai, rahmat itu tidak bisa dibeli..

Sesuatu bisa merintih menyentap sanubari tatkala emosi berjajaran terkesima.. Air mata bisa berkaca meluruti pipi, marah berapi tersembur dari diri, keserabutan bertali-temali kadang meresahkan diri.. Dari mana itu semua? Di mana puncanya? Kadang ku tenang dengan nya, kadang ku semak benak fikiran ku dengan nya... Itu emosi.. Itu responsi.. Itu diri ku.. Itu hati ku kalbu ku yg punya seribu satu deria. Uniknya hati bila beresponsi.. Sukar untuk dikawal, sukar untuk dikekang bagai sang naga melepaskan api nya, bagai salji menerobos sum sum dengan kesejukan nya.. Apa kita punya kuasa melampiaskan hati ini? Apa kita punya kekuatan menundukkan hati ini?

Kadang ianya bagai objek asing, kadang ia teman rapat di sisi... Tapi itu komplementari, tanpanya manusia tempang, tanpanya manusia tidak punya nilai, tanpanya manusia hilang peri kemanusiaannya.. Itu lah hati, ku biarkan kau merintih.. Terus merintih.. Layan lah dirimu hati melati ku..