Tuesday, June 17, 2008
Terma dan Syarat - Interpretasi Puisi
Benda ni just for fun je, jadi caranya macam ni. kita mulakan dengan post ni http://damai-hati-ini.blogspot.com/2009/06/aku-redha.html
- korang post korang punya tafsiran/apa yang korang faham kat situ.
- terpulang lah nak tafsir line by line ke, rangkap by rangkap ke tak pun summary semua ke
- pemenang akan dinilai menurut apa yang aku rasa best
- tarikh tutup komen tafsiran itu ialah bila aku ada post seterusnya. maknanya by the time aku post puisi seterusnya, komen/tafsiran/interpretasi utk puisi tu ditutup dan pemenang akan diumumkan.
Lepas tu pertandingan akan dilangsungkan untuk puisi seterusnya pulak. Jumlah penyertaan terhad kepada 3 je untuk satu puisi. hehe
Hadiahnya RM10 (cimb bank in/reload top up).
Kisah Sang Blogger
- 2 religious blog, asal nya 2, tapi sbb tak terkawal, aku tutup satu sbb aku bukan ustaz, sekadar berkongsi ilmu yg setitis ini. Itu sumbangan aku, aku syukur kerana aku punya anak2 halaqah yg saban kali berkunjung ke situ membawa teman2. Arigatoo semua nya.
- 1 blog suka2, blog yg korang tgh baca ni lah. ni blog buat aku bebas menjadi aku. huh, aku tetap aku, aku tetap Muaz Hadi!
- 1 blog kongsi PTC payment proof
- 2 blog ilmu blogging, kongsi mcm mana buat duit dari blog
- 5 blog affiliate marketing
Dalam minggu ni insyaAllah, lagi 5 blog menyusul. 5 blog ni adalah kerjasama "Projek Famous" yg menggunakan HonOps sebagai paksinya. Ianya lebih kepada Home Business. Secara kasarnya, usahasama ini melibatkan 3 orang termasuk aku yg mana pecahan keuntungan nya 40% - 30% - 30%. Aku ambil ini sebagai satu batu loncatan untuk terjun ke dunia Affiliate Marketing. Jadi aku tangguhkan projek Blogging to the Bank aku dan fokus kepada Projek Famous. Semua tools, master plan, gerak kerja sudah siap. Aku rasa kalau projek ini berjaya, huhh BOOM aku trus jadi kaya. haha. Lagi pun buat masa ini untuk keyword "online earning for beginner" blog aku still ranking number 1 dari 500 000 results kat Google. Walaupun tak banyak, tapi aku melangkah jugak perlahan lahan... Alah apa salah nya berangan, dengan kekuatan yg ada pada HonOps, aku yakin kami mampu pergi jauh dengan Projek Famous ni.
Aku rasa gembira, dengan masa yg ada sikit masa tunggu simulation running, aku boleh taip blog entries yg boleh bagi manfaat kat org (bukan blog ni la, ni blog suka suka... huhu). Apa2 pun, setakat sekarang, aku dah berjaya membina tapak pendapatan dari internet, blum masuk Fasa Menuai hasil lagik, tapi alhamdulillah, aku dah berjaya buat lebih RM2000 dari internet. Ini serba sedikit pasal aku, masa aku mula2 tulis pasal diri aku dalam mencari duit dari internet. Klik di SINI untuk baca.
Tuesday, June 10, 2008
Euro2008: Italy vs Holland
Sebenarnya aku mmg tak ikut Euro2008 sbb tak ada England, bukan la sbb aku fan England, tp sbb aku suka tgk England main, Beckham still da best. huhu. Tapi smlm aku lapar, aku turun bli burger, pastu lepak la jap. Start match je dua2 team lancar giler, laju, pantas, passing terbayek, mmg best la. Trus aku lekat kat situ. Tapi mmg best, sesapa yg nak tgk quality football boleh cari rakaman match ni.
Aku rasa Italy kena pakai striker tua la, Inzaghi n Del Peiro, yg ada smlm tak jalan sgt, tumpul. Passing dari Pirlo mmg dah ajaib, superb tapi tu lah tak ada penyudah yg bagus. Tapi yg paling best gol Sneider, lawa seh, bijak. Counter attack yg cemerlang. Ni nak ajak Van baasten masuk Chelsea ni.Entah, tapi dulu masa Mourinho keluar, Van Baasten di lihat 2 kali tgk match Chelsea n duduk kat kawasan VIP di kalangan Abramovich. Tapi at last, Israeli Avram Grant plak yg dilantik.. Skrg Avram dah tak ada, jeng..jeng.. Tapi khabarnya Rijkaard nak masuk, layan jugak. huhu