Sunday, December 6, 2009

Aksara Untuk Bulan

Tampak jelas indahnya kamu..bulan
Bila senang terang bulat pancarmu
Tapi mengapa ada aura sedih bersama
Seperti tersenyum.. tapi pilu
Seperti memanggil.. tapi jauh

Bintang nampak seakan dekat denganmu
bersahabat menemani di sisi
cahaya berkelip bagai gembira bersama
banyak yang suka senyum melihat
zahirnya nampak.. tapi hakikat siapa peduli?

nun di balik alam
mata melihat disebalik belakangmu..bulan
tak mampu ku lihat..tapi aku tahu ada
tiga ratus enam puluh darjah sisimu
yang dilihat nampak hanya seratus lapan puluh darjah
tak mungkin bisa ditafsir simpul
kerna yang nampak hanya separuh

sabarlah bulan
tsabatlah bulan
senyum sedihmu sesungguhnya..
...menggembirakan banyak hati

Muaz Hadi

Tuesday, December 1, 2009

Jiwa Larat Melarat

Berjalan menelusuri alam..
mengenang budi yang tak terbalas
memejam kata yang bukan sehari
damaknya menusuk tiada sanubari
lantas buai ini terhayun..

ke mana langkah ini gamaknya..
biar berangin akibat hayunan itu
yang tak perlu getisnya menggambar
bagai tiada penghujung destinasi
mencari erti yang tak pasti..

meskipun hasrat itu ada..
noktah itu tampak jelas
tapi gerak gaya mahu disangkal jua
demi menjaga yang sesuatu
yang hujungnya tak pasti juga..

biar lupus lenyap ingin itu
biar hanyut lemas rasa itu
biarkan.. biar jiwa ini karam melarat..

Muaz Hadi

Wednesday, November 4, 2009

Aduhai melati..

Aduhai melati..
sekian cantik tampak kembang
putih mulus di bawah penambang
menyapa tak senyum bimbang
walau indah secantik kiambang
tak juga menyair hati ku pulang

Aduhai melati..
pujaan puja bebat derita
mengapa silih tak ganti cerita
pedih jiwa memendam rasa
panahan tepat bicara kata
apa tiada lagi belas aksara..?

Aduhai melati..
Aduhai melati..
Aduhai melati..

tiada kata melahir bimbang kecewa
jangan ditinggalkan walau sesaat rasa
diri merendah sesangkut tiada
apa nak buat.. pilihan mu asa..


Muaz Hadi

Thursday, October 29, 2009

Aku sentiasa sendiri..

Aku punya penyembuh luka
tapi penyembuh itu yang melukakan
hati ku luka...

Aku punya penawar duka
tapi penawar itu yang mendukakan
hati ku duka...

Aku punya penyandar tika hiba
tapi penyandar itu yang menghibakan
hati ku hiba...

bisa sungguh katanya... menghiris
azab sunggup diskripsikanya... menyucuk
kejam sungguh andaiannya... menikam
aku katanya tiada berperikemanusiaan..
benarkah?

dia menyesal jadi penyembuh luka
dia menyesal jadi penawar duka
dia menyesal jadi penyandar hiba
dia menyesal kerana selalu menyokong
dia sungguh menyesal..

mari angin hiburkan hati ku
biar aku tenang semula
biar alam juga tahu
..aku sentiasa sendiri..
T_T

-Muaz Hadi-

Tuesday, October 27, 2009

Biar tak Gugur..


Berjalan mencari bunga yang harum..
tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri.

Tak sedar juga patah dahan yang dipijak..
mungkin kerana rapuhnya patahan itu.

Bila mahu akhirnya langkah ini..
yang aku harap sinar nan bahagia.
Siapa kata aku tak sedar..
akan racun dan duri di kanan kiri ku..

aku sedar..
tapi aku punya ubatnya..
aku punya pembalutnya..
aku punya bebatnya buat bekal.

Tersadung aku,
masih mampu bangun..
ketawa senyum..
tapi dalam kalbu mengharap..
cahaya nian yang biar panas tapi menerangi..
sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli..

mungkin kerana,
manis dan merdu..
aksara kasih yang telah tertanam ini..
masih mekar menanti ranum buah
biar tak gugur..


-Muaz Hadi-

Wednesday, October 21, 2009

Aku Sudah Terlalu rindu..


berlayar aku di lautan
..cuba mencari tenang

merantau aku di dataran
..cuba mengais rasa

terbang aku ke langit luas
..cuba membuang nostalgia

akhir aku kembali terdampar
ingat kan kamu..
dambakan kamu..
mencari kamu..

dan sesungguhnya
.. aku sudah terlalu rindu


aksara kata: Muaz Hadi

Wednesday, October 14, 2009

Tersungkur Lagi..


Melati itu kembang
terpana mata arjuna
seakan memanggil
nyata..
senyuman itu
melambai mengarah

mengutus harapan bela
mengirim panji mendeka
melangkah jua cuba
menghidu..
kasih mewangi
mencari..
aksara kasih
melakar..
bait kata puji

destinasi dituju
hilang..
mana arahnya
pilu..
mana janjinya
hiba..

ya Tuhan.. tersungkur lagi aku


-Muaz Hadi-

Thursday, October 1, 2009

Nostalgia tak Bahagia..

Usirkan saja pilu itu
kerana ianya begitu memedihkan
tak tertanggung kadang menyerang
terasakan bagai mahu meniti titian runcing
ayuh.. buangkan.. buang saja pilu itu

Usirkan saja rindu itu
kerana ianya mengundang airmata
berderu tak terkawal ketika
menampakkan lemah hati dalam terasa
ayuh.. buangkan.. buang saja rindu itu

tapi aku mahu hidup dengannya..
aku mahu hidup dengan alunan nostalgia
kerana ianya kadang menenangkan aku
aku tak mahu ianya hilang
aku tak rela ianya lupus
aku mahu tenang dengannya
kerana kadang bunga itu mewangi semula

nostalgia itu pedih tapi membahagiakan.

Saturday, September 26, 2009

Mozaik Pilu Rindu..



Biar ku kenang rasa kalbu..
Biar ku gentas pasrah bertamu..
Biar ku pejam sisa kelabu..
Biar ku kumpul semua itu..
..menjadi nostalgia mozaik rindu..

Biar ku bawa noktah seakan dejavu..
Biar ku pimpin hasrat pelangi ungu..
Biar ku hiba kasih membeku..
Biar ku jalin semua itu..
..menjadi nostalgia mozaik pilu..

Tertitip jua tak tertunggu..
..mozaik pilu rindu..


-Muaz Hadi-

Thursday, September 17, 2009

Selamat Tinggal Bunga ku..

Menggerak jatuh memalit sinar..
Pangkuan terlepas tapi kasih tersemat mekar..

Kasih.. Sumbang mu budi..
Kasih.. Kata mu sakti..
Kasih.. Lirik mu adi..
Kasih.. Pejam mu murni..

Tak tahu mana nak tujukan..
Salam yang bahagia..
Khabar yang kerinduan..

Kau masih nun di balik awan
Bersiram airmata
..dititiskan dibuang jangan..
Sematkan.. aku masih ada..

Aku bermohon pergi dahulu..
Terima kasih seruanku..
Bila niat berjumpa lagi..
Kadar alam bertamu lagi..


Muaz Hadi

Thursday, September 10, 2009

Mahligai Mu Dari Airmata Ku





Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Monday, August 31, 2009

Merpati Bugis: Hariz Rahman

Setahun sudah Ramadhan berlalu…
kini muncul kembali..

Singkat maha kejapnya masih terngiang..
adakah benar ianya pasti..

Tibanya membawa makna berlapar dahaga…
tahan nafsu diri..

Demi Tuhan..
beri ku kesempatan untuk nikmati ianya sekali lagi..

Tiada beda hari ini, esok dan semalam..
semuanya terkandung harapan tinggi..

..dalam mencari kantung keberkatan
yang hilang tanpa seri..

Apa lagi mahu ku tatih rahmatnya..
mana tenang Merpati Bugis.. ku damba seri..


Muaz Hadi

-------------
Versi Asal: Hariz Rahman

Sudah setahun puasa tahun lepas kita tinggalkan...
Tidakkah engkau rasa hidup itu terlalu singkat?
Sekali lagi puasa. Dan InsyaAllah sekali lagi.
Hari ini dan semalam, doa adalah harapan.
Mencari keberkatan hidup, di manakah ia?
Di manakah letaknya rahmat ketenangan?

Tuesday, August 25, 2009

Listrik.. Adaptasi Teruap

Ku lewati sepi malam ini..
menjunjung nyilu darsa hati..
letih.. tapi gagah jua mahu membisik
terbuka sebelah mata.. kata terherdik

Langsung apa lagi mahunya..
Meluak tumpah masih tak cukup juga..
Tak terkandung yang ada..
Tapi masih mahu.. persetan tiada..

Natijah hulur jiwa yang sakit..
meruntun lantas nahas ditimpa bukit..
Tak terasa hempasan berelung rakit..
Nyata jiwa itu songsang berpenyakit..

Adaptasi jiwa semahunya dipeluk..
Lepas siaga dasar sejauh darsawarsa..
Mahu disedut tak semua merujuk..
Lolos di dakapan ini perit terasa..

Lantas listriknya.. adaptasi teruap..


Muaz Hadi


Sunday, August 9, 2009

Chenta Melati

Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini..

Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin

Monday, July 6, 2009

Terapi Subuh..

Segar pagi ini..
Mata terbuka separuh
Terpedih tiupan bayu pagi
Angin hembus menyinggah ke pipi
Rasa damai sekali kalbu hati

Semalam masalah membukit tinggi
Tangis ku bukan kepalang
Serabut ku bukan teralang
Ku pejamkam mata untuk ku lupakan derita
Malam sementara.. cukup buat ku lampiaskan semua

Pagi ini terbangun lagi
Menyahut panggilan mengadap ilahi
Terapi subuh ku adaptasi
Kekuatan paksi ku sedut jauh membantu hati
Tenangkah aku hari ini?



Muaz Hadi
p/s pening kepala

Sunday, June 21, 2009

Rindu Sang Pungguk..

Terang bulan mengisi kelam malam..
Indah sungguh cahayanya nikmat hakiki..
Terpandang bulatnya seri seribu..
Bulan.. kau tegar di situ
Sejuta memandang..


Bulan.. kau punya perindu..
Setia menanti.. berzaman..

Bulan.. kau punya pemuja..
Tawaduk memandang mu.. bila kau muncul..

Bulan.. kau punya Pungguk..
Perindu sepi.. pemuja zalil..


Apa dinanti lagi Pungguk?
Yang dinanti pasti tak datang..

Apa dikenang lagi Pungguk?
Yang dikenang pasti tak benar..

Apa diharap lagi Pungguk?
Yang diharap pasti tak capai..

Apa dipandang lagi Pungguk?
Yang dipandang pasti tak toleh..


Setia sungguh engkau Pungguk..
Rindu mu pada bulan tak tergadai masa..
Sepi sayu hati mu ku rasa sejuknya..
Kejam bulan hanya kerna..
dia tak mengerti.. harga rindu sang pungguk..


Muaz Hadi
Bukit Mertajam


Tuesday, June 16, 2009

Aku Redha

Jauh ku renung cahaya itu..
..lama ku renung makin ku ragu
Aku redha.. tapi..

Lama ku nanti sejuk mentari..
...apa dinanti pasti tak jadi
Aku redha.. tapi..

Manis senyum menyingkap rasa..
..tertipu aku rupanya senyum berbisa
Aku redha.. tapi..

Kalam kalbu ku terus membisik..
..dalam maknanya tak terusik
Aku redha.. tapi

Apa dirindu pada bulan yang jauh..
..sedap memandang tapi tak terdakap
Aku redha.. tak tertapi lagi


Muaz Hadi
Kampung Sungai Salak

Tuesday, June 9, 2009

Bertamu di Kalbu



Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Thursday, June 4, 2009

Mengarca Noktah..

Tersingkap jua alunan lestari..
Membidik tanpa meminta kenali..
Asuhkan biar lentik jiwa kembali..
Tak terbaja menjaga subur sepi..
Lantas cuba loncat menggapai..
Tapi titisan pecah terlerai..

Bagaimana itu ku hakis
Bagaimana ini ku tangkis
Bagaimana situ ku tuntas
Bagaimana sini ku balas

Dingin alam mahu dilangkah..
Kelam malam bagai dipangkah..
Luhur leluhur tak makna terlincah..
Pasrah mengalah tak makna terserah..
Terkapai lelah..
Mengarca Noktah...

Monday, May 18, 2009

Jangan Menoleh Sayang..

Jangan menoleh kawan ku!
Biar detik fikir mu kuat terlintas..
.. dia bukan untuk mu..

Jangan menoleh sahabat ku!
Biar hati mu gusar..
Pejam kan mata biar terus bugar..

Jangan menoleh teman ku!
Biar desir angin membisikkan..
.. pilihan mu salah mesti dihumban..

Jangan menoleh syurga ku!
Langkah lah terus ke hadapan..
Yakin lah kata hati biar tanpa kerdipan..

Jangan menoleh kawan ku..
Jangan menoleh sahabat ku..
Jangan menoleh teman ku..
Jangan menoleh syurga ku..
Jangan menoleh sayang ku..

Tuesday, April 28, 2009

Patah Sayap Rajawali

Tertumpul fikiran ini melayang tiada penghujungnya... Mana hilangnya tajam yang dulu bisa memutus menyimpul apa jua kadar. Hidup ini ku sangkal mana akhirnya, ku dangkal mana ceteknya.. Meluru bagai hidupnya peluru, merobek bagai tajamnya paruh helang..

Tiba-tiba keserabutan ini tidak dapat ku rungkaikan. Bagaimana mahu ku hadapi subuh esoknya, macam mana mahu ku langkah hari besoknya dan apa lagi bisikan iblis mahu ku dengar.. Panjang akal ku bukan bisik hati ku, licik fikiran ku bukan bisik iman ku, gerak perbuatan ku bukan panduan benar tulus.. aku terpesong..

Mahu ku pulang ke gagang berseri, tapi apa ada nakhoda yang menanti membimbing ku semula.. Mahu ku kembali mendakap sinar iman... Tapi apa ada yang mahu menerima.. Jauh ku pergi membawa hati yang berbolak-balik.. Patah sayap rajawali, tak mampu jua ku bertongkat ke sana..

Friday, April 24, 2009

Aku..

Aku...
sepi...
sunyi...
sendiri...
menyusuri hati gundah,
dipenuhi lautan air mata,
yang tiada bertepi,
yang tidak berpelabuhan.

Aku...
sedih...
merintih...
menangis...
jiwa yang tertekan,
ditenggelami hujan batu,
yang menimpa derita,
yang tak terperi sakitnya.

Aku...
tersepit...
diapit...
dicubit...
kata menusuk cuping pendengaran,
menyeksa batin kian terguris,
yang bertambah lukanya,
yang semakin dalam hirisannya.

Aku...
yang kian terdampar di dasar luka,
yang kian hanyut dibayangi kelam,
tanpa cahaya...



- Nukilan Akish @ M.Balkis -

Thursday, April 23, 2009

Kerna.. Ku Sayang Kamu..

Karena Ku Sayang Kamu (KKSK) - Dygta

seandainya kau ada di sini denganku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
ku ingin bersama dirimu

ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan slalu kunanti
kerna ku sayang kamu

hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain

adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg ku rasa
sanggupkah ku terus terlena
tanpamu di sisiku
ku kan selalu menantimu

Wednesday, April 8, 2009

Monolog Salah Noraini..

Dulu Melaka bukan apa-apa..
Aku pernah ke Melaka..
Tapi semalam aku benci Melaka..
... Bukan salah ku membenci Melaka..
... Salah Noraini... Salah Noraini..

Dulu aku suka Jawa..
Aku memuja mereka yang Jawa..
Tapi hari ini aku benci Jawa..
... Bukan salah ku membenci Jawa..
... Salah Noraini.. Salah Noraini..

Malang sungguh jika kau dari Melaka..
Malang sungguh jika kau berdarah Jawa..
Malang kau terpaksa menerima kebencian itu..
... Bukan salah mu kebencian itu..
... Salah Noraini.. Salah Noraini..

Kalau ada putik cinta dari Melaka..
Kalau ada puteh kaseh dari Jawa..
Maaf ku ucap hasrat tergantung..
... Bukan salah mu, itu tak tercapai..
... Salah Noraini.. Salah Noraini..

Monday, April 6, 2009

Monolog: Salah Noraini..

preview tajuk je dulu, nanti siap aku post. huhu, ya.. itu semua salah Noraini.. bukan salah aku.. salah Noraini.. salah Noraini..

Thursday, April 2, 2009

Kata 'Chenta'

Kalau dicerakin kata bistari entri cinta, pasti ampuh ceraian dan juzuknya. Tapi manusia bisa terpana dan terkeliru antara kebenaran, keperluan dan suara hati angkara provokasi atau jolokan sekeliling. Kadang pilihan jasadnya tak seiring hatinya.. Lantas mana datang dahulu? Perasaan kasih dan sayang atau perasaan rasa selamat...

Aku yakin kalau dikumpul nilaian kata hakiki, ramai yang terkejut kebenaran nyata. Ramai yang sedar tapi tidak mengeyakan, ramai yang bertutur.. "ahh cinta boleh dipupuk..". Benar sekali bagi ku, tapi bagaimana bisa dipupuk kalau tiada noktah bidayahnya? Bagaimana mahu dimekar kalau tak ada putik bunganya?

Ke mana hala tuju ikatan rasa kasih? Pujangga berbahasa memberi untaian nasihat yang bisa disimpulkan;
- cari dulu noktah bidayah kasihnya
- nilai dahulu akhir nihayah jalannya
- introspeksi awal tulus hati sendiri
- projeksi bakal nostalgia
- jelaskan kalbu sendiri apa kepinginnya

Tapi pujangga berbahasa nilai skema. Punya estetika yang kalau dinukilkan tak terpancar praktikalnya. Redahlah jalan langkah mu, belasahlah kata hati mu, jangan banyak berfikir kerana semua dirancang tak pasti berlaku, tapi yang sedia dirancang oleh Pencipta pasti terencana.


Muaz Hadi

Tuesday, March 24, 2009

Gurindam Husna-Mizi

Biar aku syairkan bait-bait kata untuk pasangan sahabatku Husna n Mizi. Main2 je ni, mengasah bakat berbahasa.

(H)ingga terakhir lafaz ku terang
(U)ntuk membidik sisipan hati
(S)ampai terlekat tak terpesong
(N)ak ku dakap tapi terlepas
(A)ku meruntun pada si Mizi

mahu ku belah redah ku kuntu(M)
mengisi kosong lubuknya hat(I)
tersingkap batin..zahir terlafa(z)
ahh.. terasa ingin mat(I)

(M)aaf ku ungkap dalam gembira
(I)zin kan hati bercumbu kata
(Z)alim rasanya membiar menunggu
(I)ngin ku lontar kasih seribu

apa lagi mahu dirinti(H)
menjala awan tingginya bir(U)
mengharap angin turunnya gerimi(S)
unjuran perkasa melambai sapaa(N)
aku menunggu tapi sampai bil(A)

watak tambahan..;

(M)enyampah aku drama bermelodi
(U)ngkapan kasih bunyinya indah
(A)pa dibuai hidup memaksa
(Z)aman berlalu pasti berganti...

Monday, March 23, 2009

Puisi Tanpa

dah lama pulak aku rasa aku tak berbahasa kat sini. Malam ni aku tenang skit, jadi terasa nak berpuisi plak. Tgk la apa hasil nya...

Sesekali ku terasa nyamannya segar..
Sesekali ku terpanca amannya bugar..
Listriknya terpancul tanpa sentuhan tegar..
..menyapa geletek jiwa tak berpagar..
Terhilai aku dalam lamunan saudagar..

Lirikan tawa membawa menghindar mendung..
Meruntun kasar membuang hiba dikandung..
Asyik sungguh bahagia tak terlindung..
Sungguh.. tak dusta tiada kalbu kudung..
Ku syair kan melodi tema berkidung..


wah.. menjadi plak ayat aku malam ni. entah apa tajuk puisi ni..

Thursday, March 12, 2009

Pantun Berseni Part 1

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

kak ain punya pantu daa.. ada lagik part 2 n part 3, nanti bebila sambung

Wednesday, March 4, 2009

Kedu dalam Sunyi


Mengungguli daerah sunyi..
Menyanjungi perit sepi..
Hamba terhadang lautan mimpi..
Mengenang nostalgia tiada bertepi..
Kantung bahagia kosong tak terisi..

Demi kelam malam..
Mahu ku hitung azab seram..
Mahu ku buang kelabu kusam..
Mahu ku dakap cerah tenteram..
Tapi daya ku pasrah tak terlaram..

Hentakan mulus membidik rasa..
Berterabur nilai ungkapan jiwa..
Justifikasi bukti kasih melara..
Jauh renungan mengundang air mata..
Kudus titisannya ditendang hina..
Terkedu aku di hamparan maya..

Muaz Hadi

Sunday, February 22, 2009

Buah Hati Kekasih Orang

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga

Buahlah hati buahlah hati
Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja



Friday, February 6, 2009

Kalau ku tahu..



Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun turun ke bendang

Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang

Sudah nasib orang tak sudi
Kalau ku tahu pohon cempaka
Daunnya lebat pohonnya tinggi

Kalau ku tahu orang tak suka
Tidaklah aku membuat janji

Dah nasib orang tak sudi
Kalau ku tahu pohon berduri
Tidak ku patah si dengan jari

Kalau ku tahu jadi begini
Biar ku hidup seorang diri

Dah nasib orang tak sudi
Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun turun ke bendang

Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang

Sudah nasib orang tak sudi

Saturday, January 31, 2009

Catatan Ringkas

Heh, lama aku tak menggomel sendiri kat blog ni. wah boleh tahan traffic blog ni sejak akhir2 ni. Terima kasih untuk yang melawat dan kasik backlink ke blog ni. Owh ya, untuk pelawat setia, ebook "Antologi Kudung Cinta" dah hampir siap. Ebook ni saja2 je, compile beberapa puisi dalam blog ni plus beberapa puisi lain yang tak publish kat sini. Bnda ni extension dari 13 puisi yang diambil oleh pihak kem sastera untuk seminar penulisan puisi. Jadi idea tu datang dari situ, apa salahnya kalau aku compile kan puisi2 tuh jadikan satu cerita n buah tangan untuk kengkawan. kan..?

Ramai yang dah tau dari post aku bulan september kot pasal aku tak ada gaji tetap mulai bulan 10 atas dasar prinsip yng aku pegang (cewah..mengade!). Masa post tu aku cakap mungkin sampai bulan April atau Mei 2009. Jadi sejak tuh aku mmg struggle cari duit online untuk support duit minyak keta, yuran uni, sewa umah, bil telepon, duit makan, duit berpoya2 dan segala macam perbelanjaan lah. Best jugak sampai ada hari yang wallet aku kosong beb! Habis jugak separuh blog2 aku jual untuk tampung hidup. haha. At last, aku survive gak tiap bulan walau pun tak ada gaji. Malas la nak citer pasal cari duit online, pandai2 la korg carik.


Ni hah selingan gambo aku ngan boss aku, member baik aku si Husna ngan senior molecular modeling sis.Ayesha. Nak dipendekkan citer, smlm aku bergaduh sekali lagik dengan boss aku. Pendekkan lagik citer, dia kasik aku part-time contract RAship, walaupun aku menolak (fakta tambahan, ramai yang tak tau, aku masih pemegang rekod 'The Highest Monthly Paid RA' for the whole UIA sampai skrg - piwwit). Tujuan part-time contract tu untuk encourage aku settlekan beberapa keje sebelum 31 March tahun ni. Aku amik je lah, tapi gaji separuh je lah, nama pun part-time. Jadi bulan depan sampai March korang akan perasan posting aku akan berkurangan disebabkan keje aku yg bertambah. Mana sempat beb, siang aku kelas, malam aku kena wat kerja2 ni, hujung minggu aku ngajar. entah la apa bakal berlaku pada bisnes2 online aku. Kena outsource ni..

Tapi tu lah, bila keja makan gaji ni, kita terikat dengan deadline, komitmen etc, tu yg tak best skit. Tapi tak pe lah, aku redha.. hehe. JAdi bulan depan aku slow skit bisnes internet. Owh lupa, produk terbaru aku Tutorial GIMP, tapi aku tak sempat nak settle minisite lah. Aku jual kat forum sudah.. Tu MRR produk aku bli, setakat ni dah ada 7 buyer, kira dah balik modal. Produk sendiri?? Lambat skit la..

Ok guys, nantikan ebook "Antologi Kudung Cinta", nanti aku inform lain bila dah siap. Free je pun.

Wednesday, January 14, 2009

Rebah Hati Menanti Mithali


Tersungkur rebah tertiarap tanpa kerlipan..
Seluruh jasad menyembah bumi
Azabnya..mencalar tunjang keyakinan
Tak sanggup ku toleh untuk bangun lagi..

Bukan kaki dipangkas..
...tapi kalbu digilis..

Remuk.. parah.. apa mampu terpulih..
Hiba diramas bersulam kecewa..
Terpalit lumpur pada hujung hati.. pedih..
Sedih dasar namun.. ada yang tertawa..
Total tersungkur aku pada yang memilih..

Rebah aku dipangkuan hati sendiri..
Rebah aku apa mampu ku bangun kembali..
Rebah aku menuntut.. penawar mithali


Muaz Hadi
Katil Wad Neurology

Saturday, January 10, 2009

Sehati SejAwa

Mula melangkah merentas denai..
haluan sengsara hujung terbahagi..
apa mungkin jalan ku benar ku cari?
apa lorongnya bahagia lestari?
yang aku mahu hanya sehati..

Jiwaku bermandi darah jawa..
tegar hayat ku adat berintangan..
biar teman hidup sehati sejiwa..
kelak langkah ku berteman seiringan..
maksud hati mahu sehati sejAwa..

Biar bahagia membawa maksud sengsara..
biar gembira membawa maksud derita..
yang penting maksud hati ku terlaksana..
..hasrat nurani ku terbuat juga..
aku mahu dia.. sehati sejAwa..


Muaz Hadi
e5, Jan 10, 11.24pm


**Sinopsis
Penceritaan sinis buat mereka yg bertegas nak kawin dengan pilihan hati sendiri walau terdapat halangan dan berita yang kurang memuaskan tentang pasangan masing2. Frasa "biar bahagia membawa maksud sengsara.., maksud derita.." melankolik kedegilan yang melampau tetap dengan hasrat hati walau tahu natijah buruk bakal mendatang.

Friday, January 9, 2009

Aku Jejaka Boroi (seloka Kasih)

Lenggok tubuh ku tidak melenggok..
Lipatan perut ku tiada berlipat..
Tebal daging ku berlapis lemak..
Sudah gemuk apa nak buat!

Lelaki gerangan ku tiada disangkal
Tulen maskulin ku jangan diuji
Jiwa ku lembut gerak ku handal
Jantan lagak ku gaya suami!

Buncit ku bukan sebarangan..
Gendut ku bukan halangan..
Boroi ku punya imbangan..
‘Sehat’ ku bukan mainan!

Ya.. aku lelaki gemuk
Bukan hela nafas kecewa..
Tapi rela perasaan merusuk.
Itu aku.. tetap aku.. kenapa ditanya?


Muaz Hadi

p/s sambil menikmati melon shisha..

Monday, January 5, 2009

Tatih Rindu

Rindu ku tertatih..
Tak tercapai maksud bahagia.. pedih..

Ku biarkan rindu berterbangan di awan..
agar dapat ku renung biar jauh dari capaian..

Ku biarkan rindu asyik melambai..
agar ku rasa syahdu kasih merindui..

Ku biarkan rindu sejuk melewat kalbu..
apa lagi tinggal dalam dingin kalbu hati ku?

Ku biarkan rindu tak terubat..
apa bisa rindu ini di rawat?


Muaz Hadi
Lewat malam.. E5

Thursday, January 1, 2009

Adiwarna Hati 2008

Akar kukuh menjalar menjadi paksi bersaksi..
Teguhnya jangkauan malar jiwa bermisi..
Agresif kayuhan tak tersampai destinasi..
Tersasar.. jauh terarah dari liputan asal peribadi..
Aku hanyut berpuisi..

Tirai senja 2008 berlabuh menutup jangkanya..
Apa azaman nya terhenti sayu tanpa gemilang lantera?
Apa harapan nya terkatup lesu tanpa gembira?
Apa capaian nya terbantut tanpa garis jaya?
Tiada yang berjaya didakap.. hampa

Lautan ku renung dalam birunya mengasyikkan..
Fikiran jauh melayang tak kepayang diimbaskan..
Mana kasih ku tagih tahunan tak terdatangkan..
Melukut lagi aku di tahun dua ribu lapan..
Benar kata nista.. kembang bunga tak lama di laman..

Jalan hidup mesti diteruskan..
Biar dihadang ombak dugaan..
Biar dihalang sakit hentakan..
Langkah buka mahu diiringkan..
Berbekal hati jitu semerah lipan..

Ya Allah..
Kurniakan aku hati yang lurus.. jangan terbelok
Kurniakan aku hati yang teguh.. jangan terkepak
Kurniakan aku hati yang suci.. jangan tercemar
Kurniakan aku hati yang subur.. jangan terkapar

2009 mahu ku rentas bersama kejituan hati..
2008 mahu ku tinggalkan dengan warna adi!


Muaz Hadi
1 Jan, Maghrib