Monday, August 31, 2009

Merpati Bugis: Hariz Rahman

Setahun sudah Ramadhan berlalu…
kini muncul kembali..

Singkat maha kejapnya masih terngiang..
adakah benar ianya pasti..

Tibanya membawa makna berlapar dahaga…
tahan nafsu diri..

Demi Tuhan..
beri ku kesempatan untuk nikmati ianya sekali lagi..

Tiada beda hari ini, esok dan semalam..
semuanya terkandung harapan tinggi..

..dalam mencari kantung keberkatan
yang hilang tanpa seri..

Apa lagi mahu ku tatih rahmatnya..
mana tenang Merpati Bugis.. ku damba seri..


Muaz Hadi

-------------
Versi Asal: Hariz Rahman

Sudah setahun puasa tahun lepas kita tinggalkan...
Tidakkah engkau rasa hidup itu terlalu singkat?
Sekali lagi puasa. Dan InsyaAllah sekali lagi.
Hari ini dan semalam, doa adalah harapan.
Mencari keberkatan hidup, di manakah ia?
Di manakah letaknya rahmat ketenangan?

Tuesday, August 25, 2009

Listrik.. Adaptasi Teruap

Ku lewati sepi malam ini..
menjunjung nyilu darsa hati..
letih.. tapi gagah jua mahu membisik
terbuka sebelah mata.. kata terherdik

Langsung apa lagi mahunya..
Meluak tumpah masih tak cukup juga..
Tak terkandung yang ada..
Tapi masih mahu.. persetan tiada..

Natijah hulur jiwa yang sakit..
meruntun lantas nahas ditimpa bukit..
Tak terasa hempasan berelung rakit..
Nyata jiwa itu songsang berpenyakit..

Adaptasi jiwa semahunya dipeluk..
Lepas siaga dasar sejauh darsawarsa..
Mahu disedut tak semua merujuk..
Lolos di dakapan ini perit terasa..

Lantas listriknya.. adaptasi teruap..


Muaz Hadi


Sunday, August 9, 2009

Chenta Melati

Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini..

Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin