Thursday, October 29, 2009

Aku sentiasa sendiri..

Aku punya penyembuh luka
tapi penyembuh itu yang melukakan
hati ku luka...

Aku punya penawar duka
tapi penawar itu yang mendukakan
hati ku duka...

Aku punya penyandar tika hiba
tapi penyandar itu yang menghibakan
hati ku hiba...

bisa sungguh katanya... menghiris
azab sunggup diskripsikanya... menyucuk
kejam sungguh andaiannya... menikam
aku katanya tiada berperikemanusiaan..
benarkah?

dia menyesal jadi penyembuh luka
dia menyesal jadi penawar duka
dia menyesal jadi penyandar hiba
dia menyesal kerana selalu menyokong
dia sungguh menyesal..

mari angin hiburkan hati ku
biar aku tenang semula
biar alam juga tahu
..aku sentiasa sendiri..
T_T

-Muaz Hadi-

Tuesday, October 27, 2009

Biar tak Gugur..


Berjalan mencari bunga yang harum..
tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri.

Tak sedar juga patah dahan yang dipijak..
mungkin kerana rapuhnya patahan itu.

Bila mahu akhirnya langkah ini..
yang aku harap sinar nan bahagia.
Siapa kata aku tak sedar..
akan racun dan duri di kanan kiri ku..

aku sedar..
tapi aku punya ubatnya..
aku punya pembalutnya..
aku punya bebatnya buat bekal.

Tersadung aku,
masih mampu bangun..
ketawa senyum..
tapi dalam kalbu mengharap..
cahaya nian yang biar panas tapi menerangi..
sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli..

mungkin kerana,
manis dan merdu..
aksara kasih yang telah tertanam ini..
masih mekar menanti ranum buah
biar tak gugur..


-Muaz Hadi-

Wednesday, October 21, 2009

Aku Sudah Terlalu rindu..


berlayar aku di lautan
..cuba mencari tenang

merantau aku di dataran
..cuba mengais rasa

terbang aku ke langit luas
..cuba membuang nostalgia

akhir aku kembali terdampar
ingat kan kamu..
dambakan kamu..
mencari kamu..

dan sesungguhnya
.. aku sudah terlalu rindu


aksara kata: Muaz Hadi

Wednesday, October 14, 2009

Tersungkur Lagi..


Melati itu kembang
terpana mata arjuna
seakan memanggil
nyata..
senyuman itu
melambai mengarah

mengutus harapan bela
mengirim panji mendeka
melangkah jua cuba
menghidu..
kasih mewangi
mencari..
aksara kasih
melakar..
bait kata puji

destinasi dituju
hilang..
mana arahnya
pilu..
mana janjinya
hiba..

ya Tuhan.. tersungkur lagi aku


-Muaz Hadi-

Thursday, October 1, 2009

Nostalgia tak Bahagia..

Usirkan saja pilu itu
kerana ianya begitu memedihkan
tak tertanggung kadang menyerang
terasakan bagai mahu meniti titian runcing
ayuh.. buangkan.. buang saja pilu itu

Usirkan saja rindu itu
kerana ianya mengundang airmata
berderu tak terkawal ketika
menampakkan lemah hati dalam terasa
ayuh.. buangkan.. buang saja rindu itu

tapi aku mahu hidup dengannya..
aku mahu hidup dengan alunan nostalgia
kerana ianya kadang menenangkan aku
aku tak mahu ianya hilang
aku tak rela ianya lupus
aku mahu tenang dengannya
kerana kadang bunga itu mewangi semula

nostalgia itu pedih tapi membahagiakan.