Tuesday, March 24, 2009

Gurindam Husna-Mizi

Biar aku syairkan bait-bait kata untuk pasangan sahabatku Husna n Mizi. Main2 je ni, mengasah bakat berbahasa.

(H)ingga terakhir lafaz ku terang
(U)ntuk membidik sisipan hati
(S)ampai terlekat tak terpesong
(N)ak ku dakap tapi terlepas
(A)ku meruntun pada si Mizi

mahu ku belah redah ku kuntu(M)
mengisi kosong lubuknya hat(I)
tersingkap batin..zahir terlafa(z)
ahh.. terasa ingin mat(I)

(M)aaf ku ungkap dalam gembira
(I)zin kan hati bercumbu kata
(Z)alim rasanya membiar menunggu
(I)ngin ku lontar kasih seribu

apa lagi mahu dirinti(H)
menjala awan tingginya bir(U)
mengharap angin turunnya gerimi(S)
unjuran perkasa melambai sapaa(N)
aku menunggu tapi sampai bil(A)

watak tambahan..;

(M)enyampah aku drama bermelodi
(U)ngkapan kasih bunyinya indah
(A)pa dibuai hidup memaksa
(Z)aman berlalu pasti berganti...

Monday, March 23, 2009

Puisi Tanpa

dah lama pulak aku rasa aku tak berbahasa kat sini. Malam ni aku tenang skit, jadi terasa nak berpuisi plak. Tgk la apa hasil nya...

Sesekali ku terasa nyamannya segar..
Sesekali ku terpanca amannya bugar..
Listriknya terpancul tanpa sentuhan tegar..
..menyapa geletek jiwa tak berpagar..
Terhilai aku dalam lamunan saudagar..

Lirikan tawa membawa menghindar mendung..
Meruntun kasar membuang hiba dikandung..
Asyik sungguh bahagia tak terlindung..
Sungguh.. tak dusta tiada kalbu kudung..
Ku syair kan melodi tema berkidung..


wah.. menjadi plak ayat aku malam ni. entah apa tajuk puisi ni..

Thursday, March 12, 2009

Pantun Berseni Part 1

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

kak ain punya pantu daa.. ada lagik part 2 n part 3, nanti bebila sambung

Wednesday, March 4, 2009

Kedu dalam Sunyi


Mengungguli daerah sunyi..
Menyanjungi perit sepi..
Hamba terhadang lautan mimpi..
Mengenang nostalgia tiada bertepi..
Kantung bahagia kosong tak terisi..

Demi kelam malam..
Mahu ku hitung azab seram..
Mahu ku buang kelabu kusam..
Mahu ku dakap cerah tenteram..
Tapi daya ku pasrah tak terlaram..

Hentakan mulus membidik rasa..
Berterabur nilai ungkapan jiwa..
Justifikasi bukti kasih melara..
Jauh renungan mengundang air mata..
Kudus titisannya ditendang hina..
Terkedu aku di hamparan maya..

Muaz Hadi