Wednesday, March 24, 2010

Getis Pimpinan Amarah

Apakala yang dilaku tiada sedari
terus sahaja mengundang padah durjana
yang akhirnya terpalit hamis sendiri
yang mana sesalnya mungkin..
..tapi parutnya tak pasti sembuh

manusia tolonglah hormati ikatan insan
jangan dilanggar batasan itu
apa dicari
apa diharap
apa dibuktikan
kerna tiada yang diakal mu
yang ada pada mu hanyalah..
.. khayalan getis pimpinan amarah

jadilah insan bukan manusia murahan
mengikut arus yang kononnya suci
tapi sebenarnya busuk bernanah
yang sehari-hari tambah nazak
pada akhirnya pasti mereput..
.. apa mahu begitu?


Muaz Hadi

Thursday, March 11, 2010

Kau Pergi Tanpa Pesan..



Kemanakah...
Akan ku cari
Gelap terasa.. dunia ini
Bagai tiada matahari

Kau pergi tanpa pesan
ku nanti tiada datang
Di mana kau kini
Di mana kau kini
Aku tiada bertahan lagi
Aduh...! Aduh..!
Aduh.. duh.. duh..

Apakah kau tak sedar
Janji suci kau patahkan
Di mana ku cari
Di mana ku cari
Aku tiada terdaya lagi
Aduh...! Aduh..!
Aduh.. duh.. duh..

Putuslah harapanku...
Lebih rasa ku menunggu
( ulang 2X )

Ke mana ku akan pergi
Tempat bernaung diri

Berkorban apa saja
Demi untuk yang ku cinta
Siksa dan derita
Telah ku terima
Tapi aku tak bahagia
Aduh...! Aduh..!
Aduh.. duh.. duh..
Ahai.. Ahai...


Dato' Pah nyanyi tak ikut lirik asal... ni yang asal, tapi tak boleh embed pulak file nyer.. http://www.youtube.com/watch?v=_exNuupN1mA

Tuesday, March 2, 2010

Kasih Tak Senang..

seperti berisi..
tetapi kosong..
adaptasi mungkin..
tapi tak jaya..
itu pasti..

kadang datang kenangan
tak mahu tak diundang..

kadang jelma wajah
buatku senyum mahu berbunga..

kadang mahu ku dakap semula..
nostalgia penuh membahagiakan..

aduhai sakti sungguh imbasan
sejuk mahunya mengimbau
mungkin ada jua ingatan dari sana
atau mungkin sedang mengumpul cebis harapan
mahu dijadikan hadiah semula
yang bakinya telah lama terbang
di awan dania...
dibawa angin lalu..

hati mu mahunya terusik sesal
langkah mu dulu laju tak terfikirkan..
mengapa hampa tindak sendiri... mengapa
jangan begitu..
jangan terus...
..dustai hati mu

buaikan saja kasih itu..
lemparkan saja..
kerana tiada yang gembira..
apa guna kasih sayang..
...kalau hati selalu tak senang?

-Muaz Hadi-