Thursday, May 20, 2010

Almanak Jiwa Nostalgia

Almanak jiwa ini sesungguhnya
Terusan sahaja menyimpan
..lagi menambah sesuatu
..yang tak bisa tertolak
Kerana indahnya rasa itu
Kadang membahagiakan jiwa berpaksi kasih
Kadang menitiskan air berkaca duka

Lemaskan maha sesungguhnya
Tiada yang dijanji mahu diusungkan
Tiada yang luka mahu disembuhkan
Biar bebat sedia berbakti
Namun ketepian juga menolak
..kerana
Rindu kasih ini sudah lama..
..menyembah ke bumi
Aduhai cahaya
Aduhai bahagia
Aduhai nostalgia

-Muaz Hadi-

Wednesday, May 5, 2010

Semalu Hati..Sepilu Jiwa

Sampai kapan
Hati ini disimpan berlagu duka
Membentuk helaian kisah yang tak pasti
..lagi terjadi
..tak mahu terjadi
Kudus hendaknya..

Nun di sana masihkah bersinar
Tak pasti.. nampaknya
Terlindung atau sudah malap
..serinya
..kasihnya
Mungkin ada.. masih

Tapi tak bisa menyentuh
Membuang bagai mencabut duri
Menyakitkan.. berbekas tajam
Bukan sekadar berdarah..
..tapi berparut dalam
Meninggal ingatan..
..yang kuat hakikat melukakan..
Semalu hati.. sepilu jiwa


-Muaz Hadi-