Sunday, October 31, 2010

Bayang tak jelma..


Sakit ini dahaga rindu
yang tak mahu diabaikan
kerana putihnya sinar
yang menyirami wajah
leka laksana dulu

menyembur kata bukan tak sayang
sembunyi wajah bukan tak rindu
lama tak jumpa tak putus rasa
di angin lalu ku alun kasih
menyendiri asa..

..terhambat suasa duka

wahai alam ku dambakan hembusan salju
biar bulan menangis tapi aku tak mahu
biar matahari panas tapi aku tak terik
cahaya ke cahaya mencari kandungan
tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan

alahai... aduhai
mahu ku kucup bayangan..
.. tapi mana bisa ada bebayang
.. tanpa tangis sang rembulan
.. tanpa terik sang mentari
kerana mereka kandung cahaya
..dan cahaya lahir bayang..

makanya intizar ini.. bayang tak jelma..



- Muaz Hadi -

Friday, October 29, 2010

Gelombang -Salamiah Hasan



Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

Tuesday, October 12, 2010

Sukma Pilu

sarat jiwa
yang satu
tak mahu sedih

mengampun perasaan marhaen
yang ikhlas sulaman kasih
membina titian suci mahabbah
tanpa harapan refleksi
kerana ianya tulus
menuju kudus yang sangat zalil

pujuk hati
yang duka
tak mahu tangis

aduhai perjalanan ini
manis tunggangannya
diisi minyak biar bercahaya
ditiup biar membara
akhirnya padam sebelum perlu
..bertemu akhir yang harus bertamu

lembutkan ubun
yang mengikat
tak mahu tahan

pergilah cahaya usah ragu
langkah sahaja dengan senyuman
telah biasa roh dan jasad ini..
...gelincir di hati
...sukma pilu


-muaz hadi-