Saturday, February 13, 2010

Puisi Untuk Nur..


Jauh merenung mencari
di mana jagoan diri
yang tewas mengalah sentiasa
yang terikut tak fikir dua
akhirnya terpijak menolak sadis

aku bukan pengemis..
yang mengemis kasih
... mengemis sayang
... mengemis cinta
tapi aku punya rindu
untuk yang mengemis..

nur.. aku mahu bersandar..
letih jiwa ku yang separuh
sayu yang separuh lagi
mahu menjaga tapi meruntun jua
tersadai kasih ku
hampir kering disalaikan.. sungguh..

nur... izinkan aku terus menyandar
menyerap sedikit penawar
buat alas pedih perit ini
aku tidak minta bahu mu
cukup sekadar kata menggembirakan
syukur ku arah itu

nur.. jangan pergi jauh
jangan pernah..
jangan pernah..

-Muaz Hadi-

Sunday, February 7, 2010

Selamat Tinggal Bunga ku...



selamat tinggal bungaku
aku bermohon pergi dahulu
trima kasih seruanku
jasamu untuk diriku

ke timur kau ke utara
tak tentu di mana nak tujukan
setitik air mata
dititis dan dibuang jangan

sekiranya aku masih berada nun jauh di balik awan
salam ang bahagia khabar yang gembir ku kirimkan

inikah akhir bertemu
bila nian kan berjumpa lagi
ingatlah pesanan ku
jaga baik diri sendiri