Monday, January 31, 2011

Surat untuk Bulan..


Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..

-Muaz Hadi-

Tuesday, January 11, 2011

Warna Rindu

hati ini menyanyi
nada gelisah sendiri
irama asyik terurai
bagai tak terlepaskan rantai
persis musafir terdampar di pantai

rupanya masih sedar selubung rindu
hirisan yang nyata sungguh nyilu
dibuai hembusan angin pilu
sepi lagi tapi kali ini tak berlagu

lambaikan pada bulan
bertanya khabar indah
mengenang warna-warna nostalgia
yang membisikkan kerinduan

aduh terkapai-kapai pada bisikan ini..


Muaz Hadi